“Terpaling lowered”- Kereta Myvi lowered ‘berapi’ raih perhatian ramai

“Terpaling lowered”- Kereta Myvi lowered ‘berapi’ raih perhatian ramai

“Terpaling lowered”- Kereta Myvi lowered ‘berapi’ raih perhatian ramai. Modifikasi boleh memberikan penampilan menarik kepada kereta. Namun, pada masa yang sama, modifikasi juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna serta orang awam.

Baru-baru ini, satu video TikTok di akaun @mdnshrl telah menjadi viral yang menunjukkan sebuah Perodua Myvi yang telah dimodifikasi dengan pengurangan tinggi sehingga menyebabkan kereta itu melepaskan percikan api.

Percikan api itu berlaku apabila kereta yang terlalu rendah itu bergesel semasa meluncur di atas jalan raya.

"Terpaling lowered"- Kereta Myvi lowered 'berapi' raih perhatian ramai

Video itu telah mendapat lebih daripada 1.6 juta tontonan dan telah dikongsi sebanyak 13.6 ribu kali oleh pengguna TikTok.

Selain daripada kereta yang terlalu rendah, tayar yang nipis yang digunakan juga menarik perhatian netizen.

Tayar kereta itu terlalu nipis, seakan-akan kereta tersebut hanya menggunakan rim sahaja.

@mdnshrltlmpau rendah bang😩😩

♬ original sound – AlepOhAlepp

Menurut netizen, tindakan pemilik Myvi yang ‘merendahkan’ keretanya itu tidak hanya merosakkan kereta, malah boleh merosakkan permukaan jalan raya.

"Terpaling lowered"- Kereta Myvi lowered 'berapi' raih perhatian ramai

"Terpaling lowered"- Kereta Myvi lowered 'berapi' raih perhatian ramai

"Terpaling lowered"- Kereta Myvi lowered 'berapi' raih perhatian ramai

"Terpaling lowered"- Kereta Myvi lowered 'berapi' raih perhatian ramai

Pada masa yang sama, netizen juga bimbang bahawa percikan api yang dihasilkan mungkin boleh menyebabkan kebakaran.

Sementara itu, netizen turut membuat jenaka, mengatakan bahawa mungkin pemilik Myvi ingin merebut semula gelaran ‘King Malaysia’ selepas kisah viral Proton Satria biru yang ‘terbang’ dan tersangkut di atas bukit bersebelahan lebuh raya.

Baca Lagi:
Kek taugeh dijual dengan harga RM510, rasa dia buat ramai nak muntah
8 tahun sudah berlalu, 12 orang crew MH370 dikesan di page AFN Diego Garcia
Ramai yang suka letup-letup tangan, doktor ini dedah kesan yang akan berlaku pada masa akan datang
CATEGORIES