“Member tinggal member” – Aksi 2 lelaki lari ketakutan dikejar polis curi perhatian ramai

“Member tinggal member” – Aksi 2 lelaki lari ketakutan dikejar polis curi perhatian ramai

“Member tinggal member” – Aksi 2 lelaki lari ketakutan dikejar polis curi perhatian ramai. Polis mengesahkan video tular yang memaparkan insiden kejar mengejar melibatkan sebuah MPV dan motosikal yang dinaiki dua lelaki di Jalan Pasar Malam Pekan Meru, Klang di Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Vijaya Rao A/L Samachulu, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 1 tengah hari Khamis.

“Semasa MPV SL 63 bertugas rondaan cegah jenayah kawasan Meru terserempak dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki dua lelaki di lampu isyarat Jalan Pasar Malam dalam keadaan yang mencurigakan.

"Member tinggal member" - Aksi 2 lelaki lari ketakutan dikejar polis curi perhatian ramai

“MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan mereka untuk menghentikan motosikal yang dinaiki, namun dua lelaki tersebut melarikan diri. MPV SL 63 mengejar dan berjaya menahan motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Susulan pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki tersebut mendapati mereka bukan warganegara tetapi mempunyai dokumen perjalanan sah dan tidak membawa barang-barang yang menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, tindakan saman POL 257 dikeluarkan kepada penunggang motosikal tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan kereta peronda polis mengejar dua lelaki yang disyaki sebagai penjenayah di Bukit Kapar dekat Klang, Selangor menjadi tular pada Jumaat.

Cubaan melarikan diri dua individu yang terdapat dalam video berdurasi kurang dari satu minit itu dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Baca Lagi:
“Kalau dengan anak, elakkan buat bunyi ‘shushh, shushh’ ketika dodoi anak” – Wanita kongsi kisah seram ketika dodoi anak tidur
“Kalau terlepas kedai makan pertama, jangan berhenti kedai kedua pula” – Kedai batu nisan dihias macam restoran raih perhatian ramai
Dah ramai yang raih pendapatan RM15,000 sebulan, ini cara mohon berniaga mesin layan diri bawah IPR
CATEGORIES