Saintis terkejut jumpa ular sawa makan buaya besar, akhirnya ini terjadi..

Saintis terkejut jumpa ular sawa makan buaya besar, akhirnya ini terjadi..

Saintis terkejut jumpa ular sawa makan buaya besar, akhirnya ini terjadi… Buaya adalah merupakan haiwan jenis reptilia pemangsa yang berdarah sejuk dan mempunyai kulit bersisik serta rupa yang menggerunkan.

Walaupun buaya merupakan haiwan yang ganas, namun kadang-kala ia juga tidak terlepas daripada menjadi santapan si ular yang kelaparan.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah video yang menunjukkan seekor ular sawa Burma telah menelan seekor buaya sepanjang lima kaki.

Video itu telah dikongsikan oleh seorang saintis bernama rosiekmoore di akaun Instagram miliknya pada 1 November 2022.

Saintis terkejut jumpa ular sawa makan buaya besar, akhirnya ini terjadi..

Ular sawa Burma yang menelan buaya itu dikatakan sepanjang 18 kaki.

Berdasarkan video itu, pada awalnya beberapa orang lelaki dilihat memegang dan memeriksa keadaan perut ular yang dilihat kembung seakan baru kekenyangan.

Mereka kemudiannya telah memotong ular itu untuk melihat objek yang berada di dalam perut ular tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati terdapat seekor buaya sepanjang lima kaki berada di dalam perut ular berkenaan.

Ular sepanjang 18 kaki telah buaya lima kaki

Menerusi video itu, ular tersebut dipercayai sudah mati begitu juga dengan buaya yang berada dalam perut ular terbabit.

Video itu telah dikongsikan oleh seorang saintis bernama rosiekmoore di akaun Instagram miliknya pada 1 November 2022.

Video yang dirakam di Florida itu telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 400 ribu tanda suka daripada penonton.

Terdahulu, Siakap Keli pernah berkongsikan sebuah video berkenaan bagaimana cara ular minum air.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, seekor ular dari spesies ular sawa dilihat sedang menghilangkan dahaganya dengan meminum air dari cawan plastik.

Apa yang menarik perhatian adalah, bagaimana cara ular itu minum air tersebut. Ular berkenaan dilihat memasukkan kepalanya ke dalam cawan plastik dan kuantiti air di cawan itu tiba-tiba berkurangan.

Menerusi ciapan muat naik tersebut, ia menyatakan bahawa ular tersebut meminum air di dalam cawan tersebut dengan cara menyedutnya seperti menggunakan straw minuman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosie Moore (@rosiekmoore)

Baca Lagi:
Peminta sedekah pendapatan RM8,500 sebulan
Tular tangkap layar tarikh akhir Ramadhan 20 April 2023, ini penjelasan Jakim
4 beradik maut rumah terbakar, ibu keluar sekejap cari lauk berbuka
CATEGORIES