Makin ramai netizen delete akaun app Zus Coffee. Jenama kopi, Zus Coffee, kini berdepan dengan kritikan hebat di media sosial atas kerjasama mereka dengan jenama pakaian terkenal, Adidas, baru-baru ini.
Walaupun Zus Coffee telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, netizen masih belum puas hati dengan tindakan tersebut. Mereka merasa kecewa dan menganggapnya sebagai tindakan yang tidak menunjukkan solidariti yang sepatutnya terhadap isu Palestin.
Sejumlah besar netizen telah membuat keputusan untuk memadam akaun mereka dari aplikasi Zus Coffee.
“Saya memilih untuk memadam akaun Zus saya kerana kurangnya solidariti jenama tersebut terhadap Palestin. Sebagai pengguna yang prihatin, saya rasa penting untuk menyokong syarikat yang mempunyai nilai yang selaras dengan saya. Malangnya, Zus tidak memenuhi kriteria ini,” kata seorang netizen.
Meskipun peringatan telah diberikan bahawa pelanggan akan kehilangan baki wang yang ada dan tahap kesetiaan pelanggan yang tidak akan diperolehi semula, rata-rata netizen tidak kisah untuk berbuat demikian.
‘Beri pengajaran besar kepada mereka’ – Netizen
‘Banyak lagi air kopi lain yang sedap’ – Netizen