Individu terkejut terima resit makanan berjumlah RM1,759.90, nasi goreng harga tak masuk akal RM187.40

Photo of author

By Joe

Individu terkejut terima resit makanan berjumlah RM1,759.90, nasi goreng harga tak masuk akal RM187.40. Seorang penulis blog makanan dikejutkan apabila menerima resit sebanyak enam juta rupiah (RM1,759.90) untuk hidangan makanan biasa di sebuah restoran, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Tribunnews semalam.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kokorakuss dan menarik perhatian netizen serta menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, penulis blog dari Indonesia itu menunjukkan resit pembayaran yang memaparkan harga yang tidak masuk akal seperti nasi goreng yang dijual dengan harga 639 ribu rupiah (RM187.40).

Individu terkejut terima resit makanan berjumlah RM1,759.90, nasi goreng harga tak masuk akal RM187.40
Gambar hiasan

Sementara itu, harga untuk tiga minuman teh limau ais adalah sebanyak 104,700 rupiah (RM30.71).

Pelanggan tersebut dilaporkan telah memesan beberapa hidangan untuk 10 orang makan.

Individu terkejut terima resit makanan berjumlah RM1,759.90, nasi goreng harga tak masuk akal RM187.40

Walau bagaimanapun, dia merasa dianiaya selepas dikenakan caj yang terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan makanan yang dipesan.

Seorang pelanggan lain turut berkongsi pengalaman serupa di mana mereka juga dikenakan bayaran berjumlah ratusan ringgit di kedai yang sama.

Kisah tersebut menjadi viral dan mendapat ribuan komen daripada netizen.

“Sayur kangkung dihargai 400 ribu rupiah (RM117.31), mungkin bukan kangkung tetapi sayur sawi,” kata seorang netizen.

Baca Lagi:
Imam maut ditikam ketika ambil wuduk solat subuh
Kajian dedah suami curang lebih ‘cepat mati’ dan ini sebabnya
Pelancong dari Eropah puji duit kertas Malaysia, rupanya sebab ini