Kajian dedah suami curang lebih ‘cepat mati’ dan ini sebabnya

Photo of author

By Joe

Kajian dedah suami curang lebih ‘cepat mati’ dan ini sebabnya.Perkongsian seorang wanita bernama Rohana Saad, yang menyatakan bahawa suami yang curang lebih cepat mati, telah menarik perhatian netizen. Seperti kata pepatah Melayu, “kalau tiada angin, manakan pokok bergoyang.” Jika diri sendiri tidak mencari orang ketiga, bagaimana mungkin kecurangan akan berlaku dengan sendirinya.

Jadi, benarkah suami yang curang berisiko untuk mati lebih cepat? Mari kita ikuti penulisan Rohana yang memberikan pandangan mengenai isu curang yang semakin menjadi-jadi.

BAIK KAU SETIA JE!

Kajian dedah suami curang lebih 'cepat mati' dan ini sebabnya

Dah berpunya tapi melayan. Dah tersuka dikatakan takdir Tuhan. Ini kes*** kau tahu tak?

Setia atau curang, bukan bergantung pada lelaki atau perempuan tapi bergantung pada akal fikiran. Curang itu pilihan bukan kesilapan, jadi jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan takdir.

Kita nak sesuatu pun atas pilihan kita sendiri dan kemahuan diri sendiri.

  • Kalau kau pilih untuk setia, kau tak akan berani mendua
  • Kalau nak setia, duduk jauh pun tetap setia. Kalau nak curang, duduk sebelah pun boleh curang
  • Kalau isteri dah “perfect” pandai masak, pandai jaga suami dan anak-anak, tapi kalau suami nak curang, dia curang juga

Bila suami sakit, isteri sibuk nak jaga dia. Bila isteri sakit, suami sibuk nak cari penganti dia, betulkan? Jadi suami ini, jangan sesekali curang dengan isteri, sebab bila kau curang…dia tak akan sama macam dulu lagi.

Susah nak mencantumkan semula hati pasangan yang telah hancur

Kenapa curang? Sebab ingat akan dapat yang lebih baik?

Tidak. Sebenarnya apabila kau curang, kau akan kehilangan seseorang yang cuba menjadi yang terbaik untukmu. Tapi kau tamak. Nak juga mencari yang lain.
Susah nak mencantumkan semula hati isteri yang telah hancur. Nak dia perlakukan kau seperti dulu pun susah.

Jadi, jangan cuba-cuba untuk curang. Hati yang terluka tidak mungkin kembali seperti asal, beringat-ingatlah. Bukan mudah untuk menyembuhkan luka, walaupun ia sembuh, parutnya tetap ada.

Suami curang lebih cepat mati – kajian

Mengikut kajian, suami yang curang lebih cepat mati. Kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung.

Curang memerlukan usaha yang besar, perlu memadam mesej, mengunci telefon, dan memikirkan ayat-ayat untuk menipu. Sangat sukar untuk berlaku curang, lebih baik berpegang pada kesetiaan sahaja.

Jangan kejar kesempurnaan, tetapi baikilah perhubungan

Kepada suami di luar sana dan bakal suami, tolonglah fikirkan hati dan perasaan isteri kalian. Sebelum ada niat untuk mencari yang lain.

Ingatlah masa susah yang dilalui bersama, mengapa tiba-tiba apabila segala-galanya senang, ingin memberikan isteri kalian kepahitan?

Tidak semua suami adalah sampah dan tidak semua wanita juga adalah suci tanpa melakukan kesilapan. Hakikatnya, segalanya bergantung kepada diri sendiri. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan, tetapi baikilah perhubungan.

Bagi perempuan yang menjadi orang ketiga, memilih untuk terlibat dalam hal orang lain adalah pilihan. Kalian tahu bahawa individu tersebut sudah berstatus suami orang, kalian boleh memilih untuk tidak melibatkan diri. Kalian boleh menjauh.

Namun, kalian tetap memilih untuk membina kebahagiaan atas penderitaan orang lain. Jangan bimbang, balasan akan tiba dengan segera.

Semoga pandangan dari penulis asal mengandungi nasihat yang dapat diambil dengan positif oleh para pembaca.

Baca Lagi:
Wanita bertudung sembahyang cara pelik buat ramai tertanya-tanya agama apa
Geng Honda buat hal”- Pak Cik Shell dedah sebab kenapa tak boleh masak di stesen minyak
“Anak adalah hadiah untuk ayah”- Lelaki ini kongsi diari yang ditulis oleh ayah sejak dia lahir buat ramai sebak