Aliff Syukri buat hal lagi, nyanyi lagu raya dalam tab mandi raih perhatian ramai

Aliff Syukri buat hal lagi, nyanyi lagu raya dalam tab mandi raih perhatian ramai

Aliff Syukri buat hal lagi, nyanyi lagu raya dalam tab mandi raih perhatian ramai. Berita tentang usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, menjadi viral di media sosial hari ini kerana beliau muncul dalam sebuah video yang dipercayai merupakan rakaman lagu raya Aidilfitri untuk tahun 2024.

Namun, yang menarik perhatian ramai adalah apabila dalam video tersebut, usahawan tersebut terlihat sedang beraksi dalam tab mandi bersama beberapa penari latar yang berpakaian lembut.
Beliau juga kelihatan memakai baju singlet putih dan seluar pendek semasa menyanyikan lagu raya tersebut.

Aliff Syukri buat hal lagi, nyanyi lagu raya dalam tab mandi raih perhatian ramai

Apabila melihat ruangan komen dalam media sosial, video tersebut telah menimbulkan pelbagai respon di kalangan netizen yang kebanyakan berpendapat bahawa usahawan itu seolah-olah sedang mencari perhatian dan meminta dikecam.

Ramai netizen juga berpendapat bahawa tindakan Aliff Syukri seolah-olah tidak menghormati bulan mulia ini kerana beliau membuat rakaman video yang dianggap kurang sopan.

Sebelum ini, Datuk Aliff Syukri telah membuat kenyataan bahawa tahun ini tidak akan mengeluarkan lagu raya kerana komposer-komposer telah ‘berpaling tadah’ dan enggan untuk merakamkan karya terbaru mereka dengan usahawan tersebut.

Beliau sebelum ini telah mengeluarkan beberapa lagu sempena Hari Raya seperti Kelempok Raya, Lala Raya, dan Chuk Ku Chuk Raya.

Baca Lagi:
Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun
Lelaki terkejut sebab warna baju Melayu jadi harga RM500, sekali pengasas baju datang komen
Pasangan suami isteri terpaksa bercerai gara-gara lafaz taklik yang merapu
CATEGORIES