Wanita disyaki ‘merajuk’ berdiri di tengah lebuhraya, rider motosikal besar maut rempuh Triton 4×4

Wanita disyaki ‘merajuk’ berdiri di tengah lebuhraya, rider motosikal besar maut rempuh Triton 4×4

Wanita disyaki ‘merajuk’ berdiri di tengah lebuhraya, rider motosikal besar maut rempuh Triton 4×4. Tular satu klip video menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi merempuh sebuah trak pikap selepas pemandunya berhenti mengelak daripada melanggar seorang wanita yang berdiri di tengah-tengah lebuh raya.

Berdasarkan Buletin TV3, kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Satu, berhampiran susur keluar Lanchang, pada jam 4:18 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku ketika motosikal berkuasa besar dan kenderaan pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

Wanita disyaki 'merajuk' berdiri di tengah lebuhraya, rider motosikal besar maut rempuh Triton 4x4

Beliau menjelaskan bahawa pihak polis menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada jam 4:45 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku selepas seorang wanita berusia 35 tahun memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya di bahu jalan dan bertindak melintas lebuh raya tersebut.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit bertindak membrek secara tiba-tiba bagi mengelak daripada merempuh wanita tersebut.
“Pada masa yang sama, sebuah motosikal berkuasa besar dari arah belakang tiba-tiba melanggar bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda tersebut.
“Akibat daripada perlanggaran itu, penunggang motosikal terbabit terjatuh di lorong kanan lebuh raya dan motosikal yang dipandunya tercampak ke bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda tersebut,” katanya melalui kenyataan media.

Mazlan berkata, akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal terbabit yang dikenali sebagai Ahmad Haziq Ramli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan mendapati bahawa kemalangan itu berpunca daripada kecuaian wanita tersebut yang melintas jalan.

Baca Lagi:
Khas untuk yang suka kentut, doktor ini dedah 5 sebab kenapa kentut bau busuk
“Kita semua dah sampai depan Kaabah”- Ramai sebak lihat video ustaz ini bawa jemaah cacat penglihatan berdoa depan Kaabah
Isteri kerap kena jangkitan UTI, rupanya punca dari suami sebab selalu kencing tak basuh
CATEGORIES