Pasangan suami isteri terpaksa bercerai gara-gara lafaz taklik yang merapu

Pasangan suami isteri terpaksa bercerai gara-gara lafaz taklik yang merapu

Pasangan suami isteri terpaksa bercerai gara-gara lafaz taklik yang merapu. Taklik ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan seperti mana diperuntukkan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri.

Baru-baru ini, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli melalui laman Facebook miliknya berkongsi bahawa ada pasangan suami isteri yang terpaksa bercerai kerana lafaz taklik yang tidak wajar.

Si suami mengatakan bahawa isterinya dilarang daripada berhubung dengan mana-mana lelaki di belakangnya dan jika dia (isteri) melakukannya, maka talak tiga akan dikenakan kepadanya.

Pasangan suami isteri terpaksa bercerai gara-gara lafaz taklik yang merapu

“Puncanya adalah si suami ni sangat ‘insecure’ atau sentiasa rasa tak selamat. Maklumlah, isterinya lawa, sebelum kahwin pun memang ramai yang mengorat dan lepas kahwin pun, ada yang cuba mengorat.

Si suami mungkin rasa nak selamat, dia pun tanpa fikir panjang, terus lafaz taklik talak. Selepas fikir balik, baru dia rasa macam tak patut buat, dan dia minta maaf pada isteri dan ‘tarik balik’ lafaznya itu,” tulisnya.

Namun, satu hari bos kepada isterinya menghantar mesej kepadanya dan isterinya itu pun terus membalas mesej tersebut lalu dia teringat akan ayat taklik suaminya.

“Kemudian dia rujuk kepada pejabat agama, dan mereka mintak si isteri buat pengesahan cerai di mahkamah.

Biru muka dua-dua suami isteri ini, mengenangkan tempoh perkahwinan yang tak lama, dan hanya kerana mulut dan hati, perkahwinan tersebut terlerai selamanya,” kongsinya lagi.

Lafaz taklik tersebut sah di sisi mahkamah dan menurut pandangan majoriti Fuqaha’, taklik talak tidak boleh ditarik semula kerana ia merupakan sebahagian daripada konsep talak.

Baca Lagi:
Jangan laminate geran tanah, pejabat tanah akan isytihar geran rosak
‘Sekadar luahan hati, bukan mengeluh’- Lelaki terpaksa berhenti jual air, modal dah habis, keluar RM120 hanya dapat RM3
‘Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami’
CATEGORIES