Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun

Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun

Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun. Penceramah bebas dan personaliti TV, Amin Idris mendedahkan bahawa beliau adalah seorang penganut agama Kristian sebelum memeluk agama Islam pada usia 4 tahun.

Pendedahan tersebut dibuat melalui sebuah segmen bersama sebuah stesen radio swasta tempatan, Molek FM, baru-baru ini.

Amin Idris masuk Islam

Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun

Menceritakan kisah awal penghijrahan, pengacara berusia 42 tahun itu menyatakan bahawa beliau dan ibunya kurang pengetahuan asas dalam agama Islam.

Tambahnya, ibunya juga tidak mempunyai pengetahuan agama yang kukuh, menyebabkan kurangnya pengajaran Islam yang betul kepada beliau sehingga beliau belajar daripada rakan-rakan sebaya.

“Saya memeluk Islam pada usia empat tahun. Ibunda saya tidak mempunyai pengetahuan agama yang kukuh, oleh itu dia juga tidak tahu bagaimana untuk mendidik saya sebagai seorang muslim yang benar.
“Oleh itu, saya telah mengikut sahaja apa yang diajarkan oleh kawan-kawan,” katanya.

Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur kerana ibunya memintanya untuk masuk ke sekolah agama bagi mempelajari Islam dengan lebih mendalam.

“Saya kena ucapkan terima kasih kepada mak saya juga, selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya dapat tawaran dekat asrama penuh.

“Memang saya nak masuk sebab asrama penuh ni dikira kebebasan tapi mak saya tak bagi dia suruh saya masuk sekolah agama. Dia suruh saya masuk ke SMKA Falahiah di Kelantan,”kongsi Amin Idris.

Berkongsi lanjut, Amin turut mengaku dia tidak tahu cara untuk mengambil wuduk dan pernah diketawakan orang ramai semasa menunaikan solat.

Amin berkata, dia terpaksa ‘meniru’ orang di sebelahnya ketika mengambil wuduk kerana pada ketika itu dia sendiri tidak tahu.

“Semasa minggu orientasi, saya terkebil-kebil sebab tak reti ambil wuduk. Saya terpaksa tunggu orang sebelah untuk tiru dia ambil wuduk.

“Saya pernah diketawakan oleh orang ramai di masjid sebab saya sembahyang zohor lapan rakaat dengan hanya satu salam. Dulu betul-betul tak reti,” katanya.

Amin turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mendalami ilmu agama ketika di bangku sekolah dan universiti.

Akuinya, dia memang jahil tapi semuanya dapat diatasi dengan berkat pergi ke usrah.

Bagaimanapun, Amin menzahirkan rasa syukur apabila dia berpeluang untuk mempelajari ilmu agama ketika di bangku sekolah dan di universiti.

“Memang jahil, tapi berkat usrah, pergi sekolah agama dan belajar asas agama jadi Alhamdulillah hari ini sedikit sebanyak adalah pengetahuan. Masuk pula ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), sempat juga berguru dan mengaji hadis,”luahnya.

@molekfm Masyaallah baru tahu @Amin Idris masuk islam umur 4 tahun sek awok weh!! 🥹 tapi nakal jugok dih abdo Amin jamey- jamey budok dulu 😜 #MolekFM #MolekPagiDuo #DJNazz #Qila #aminidris ♬ original sound – Molek FM

Rata-rata warganet terkejut dan tidak sangka pengacara yang dikenali Bro Amin itu pada asalnya penganut agama Kristian.

Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun

Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun

Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun

Netizen terkejut bila dapat tahu Amin Idris asal penganut agama Kristian, masuk Islam pada usia 4 tahun

Baca Lagi:
“Kaya tapi rumah macam ‘kedai tom yam’”, Aliff Syukri berang rumah kena kritik nampak murah, siap hantar surat saman
‘Suami macam budak kecil kena arahkan solat, kerap tidur siang hingga gemuk, isteri dah mula rasa hilang selera tengok keadaan suami’
‘Sekadar luahan hati, bukan mengeluh’- Lelaki terpaksa berhenti jual air, modal dah habis, keluar RM120 hanya dapat RM3
CATEGORIES