Lelaki terkejut sebab warna baju Melayu jadi harga RM500, sekali pengasas baju datang komen

Lelaki terkejut sebab warna baju Melayu jadi harga RM500, sekali pengasas baju datang komen

Lelaki terkejut sebab warna baju Melayu jadi harga RM500, sekali pengasas baju datang komen. Tular di media sosial mengenai luahan dan keluhan seorang individu terhadap harga bagi sepasang baju Melayu jenama terkemuka Elrah Exclusive, baru-baru ini.

Namun, keluhan tersebut bukanlah harga yang ditawarkan oleh pihak HQ, sebaliknya penjual yang dikatakan sanggup bermain harga jual Baju Melayu sehingga RM500.

Kerana warna, reseller jual baju Melayu sampai RM500

Lelaki terkejut sebab warna baju Melayu jadi harga RM500, sekali pengasas baju datang komen

Luahan tersebut dibuat seorang pengguna Facebook Master Zulfadley Khalid dengan membuat perbandingan harga yang amat ketara sewaktu membeli baju Melayu buat anak dan dirinya di tempat berbeza.

Kongsi pengguna tersebut, dia hanya membeli baju Melayu buat anaknya kerana pada ketika itu tiada saiz bagi warna yang dikehendakinya.

“Baru dua hari lepas ke HQ Elrah beli baju ni untuk anak. Harga RM189. Saya cuma beli untuk anak sebab di HQ hanya tinggal saiz XXS.

“Saiz S habis stok. Jadi, saya pun beli satu sajalah. Saya punya beli kemudian. Mungkin nak beli dalam talian saja,”katanya.

Jumpa baju Melayu warna sama, tapi harga berbeza?

Beberapa hari berikutnya dia menjumpai baju Melayu yang sama warna dan saiz dikehendaki di sebuah pusat beli-belah.

“Hari ini jalan-jalan di pusat beli-belah, terjumpalah booth Elrah. Tengok ada la warna ni tapi tinggal satu saja. Itu pu saiz XS, tak apalah. Saya cuba sarung saiz XS terlebih dahulu.

“Bila cuba, eh muat pula, ngam (padan). Tak lebih, tak kurang. Cuma betul-betul fit la. Untuk tahun ini pakai, tahun depan rasa tak boleh pakai dah kot. Tak apalah, beli sajalah,”ceritanya.

Apa yang membuatkan individu terbabit tersentak apabila dia menjumpai sebuah booth yang turut jual baju Melayu Elrah Exclusive yang sama seperti dikehendakinya dengan tawaran harga berbeza.

Ujarnya, dia mula tersedar sewaktu hendak membuat pembayaran di kaunter apabila staf booth terbabit menyatakan harga bagi baju Melayu tersebut adalah bernilai RM350.

“Bila nak bayar, staf tu cakap RM350. Terkejut aku. Aku terus tanya, “betul ke ni RM350?” Aku cakap baru saja dua hari lepas aku beli RM189 di HQ.
“Dia (staf) cakap, “warna ni je bang yang RM350. Warna lain harga RM189 lagi,”ceritanya lagi.

Lagi membuatkan dirinya tidak sangka apabila pemilik booth tersebut datang dengan menyatakan harga baju Melayu yang dijual bagi warna tersebut juga dijual pada harga RM500.

“Bos dia datang cakap kat aku,”Bang, warna ni kat online orang jual RM500.

“Hah, RM500 gila ke apa? Aku cakap macam tu.

“Ya (penjual) bang. Baju warna ni, seller banyak main harga,”ujarnya lagi.

Hantaran curi perhatian pengasas Elrah Exclusive

Perkongsian di platform Facebook tersebut bukan sahaja mendapat perhatian warganet, malah pengasas jenama tersebut iaitu El Azman.

El Azman atau nama sebenarnya Muhd Hilmi Che Azman meminta individu terbabit untuk meninggalkan mesej terus (DM) padanya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Lelaki terkejut sebab warna baju Melayu jadi harga RM500, sekali pengasas baju datang komen

Sekadar makluman, warna gelap dijangka menjadi trend dan meningkatkan suasana sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Antaranya termasuklah warna jingga gelap (burn orange), jingga bata (brick orange), dan merah bata (brick red).

Baca Lagi:
Jangan laminate geran tanah, pejabat tanah akan isytihar geran rosak
“Kaya tapi rumah macam ‘kedai tom yam’”, Aliff Syukri berang rumah kena kritik nampak murah, siap hantar surat saman
“Harap ada yang sudi memberi..”- Datuk Red buat akaun TikTok semata-mata mahu cari kerja sebab nak sara anak & bayar hutang?
CATEGORIES