Tujuh lelaki bertopeng samun ibu pegawai polis

Tujuh lelaki bertopeng samun ibu pegawai polis

Tujuh lelaki bertopeng samun ibu pegawai polis. Seorang wanita warga emas kerugian RM80,000 apabila rumahnya dipecah masuk dan disamun di Sidam Kiri, dekat sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata dalam kejadian jam 3 pagi itu, tujuh lelaki bertopeng telah bertindak menceroboh masuk melalui pagar belakang sebelum mengumpil pintu dapur menggunakan besi di rumah yang terletak berhampiran ladang kelapa sawit.

Beliau berkata, ketika itu penghuni rumah yang berusia 67 tahun tinggal bersama anak lelaki, menantu dan lima cucunya.

Jelas Zaidi, mangsa yang belum tidur dan berada di dapur kemudian terdengar bunyi kuat di pintu sebelum terkejut apabila melihat tujuh lelaki bertopeng dan bersenjata.

Tujuh lelaki bertopeng samun ibu pegawai polis

Suspek kemudian mengarahkan mangsa memanggil semua penghuni rumah dan berkumpul bersama anak, menantu serta lima cucu di dalam sebuah bilik.

“Salah seorang dari suspek mengacukan parang di leher cucu lelaki yang berusia 14 tahun sebelum mengugut supaya menyerahkan semua barangan berharga.

“Mangsa, anak dan menantu kemudian menyerahkan wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM80,000.

“Suspek kemudian mengikat mangsa sebelum beredar dan sempat memberi amaran akan membunuh mereka jika kejadian itu dilaporkan atau suspek ditahan polis,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Antara barang disamun dalam kejadian itu adalah 12 utas rantai dan gelang emas, telefon pintar, tabung serta wang tunai dan pelbagai barangan berharga lain.

Zaidy berkata, suspek juga tidak mengetahui mangsa yang disamun merupakan ibu kepada seorang pegawai polis bertugas di Pulau Pinang.

Ujar beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kejadian itu dan pemeriksaan mendapati suspek turut mengambil alat perakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Shafiq Abdullah dipecat
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
Cipta sejarah Malaysia, lelaki Pulau Pinang menang jakpot RM69,637,527.35 juta dengan modal RM50

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *