
Wanita dan budak tercampak dari permainan ‘Sotong Ride’ taman tema Eco Grandeur
Wanita dan budak tercampak dari permainan ‘Sotong Ride’ taman tema Eco Grandeur. Seorang kanak-kanak dan dua dewasa cedera selepas terjatuh dari permainan taman tema di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, di sini malam ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.50 malam.
Menurutnya, tiga mangsa itu membabitkan dua wanita dan seorang kanak-kanak.
“Ketiga-tiga mangsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.
“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ramli berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
Katanya, sebanyak tiga ambulans dan sebuah jentera bomba dkejarkan ke tempat kejadian.
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen,” katanya.
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) December 12, 2022