“Aku skandal dengan isteri orang, isteri aku skandal dengan suami orang, ada sebab kenapa aku tak ceraikan isteri aku selepas kantoi curang”.
Assalamualaikum dan hai semua. Aku Fared (bukan nama sebenar) sekadar ingin berkongsi dan membaca feedback kalian. Tak pernah terlintas akan diuji sebegini rupa, aku perlukan tempat untuk meluahkan isi hati kerana ini aib dan maruah diriku.
Aku telah berkahwin, mempunyai isteri yang agak cantik paras rupa dan dikurniakan 4 orang cahaya mata penguat kasih sayang. Kami berkahwin pada usia yang agak muda terutamanya isteriku, awal 20an dia memilih menamatkan zaman bujangnya bersama aku.
Jarak usia kami 5 tahun tapi bagi aku itu perkara biasa dan aku juga normal, sentiasa memberikan yang terbaik nafkah zahir dan batin. Aku sentiasa cuba memberikan kemewahan dan kesenangan pada isteriku. Sayang sangat – sangat.
Aku tak pernah ada kekasih dari zaman sekolah sehingga kahwin, isteri adalah satu-satunya kekasih hati. Kami telah berkahwin hampir 14 tahun dan isteriku adalah pasangan yang sangat toleran terutama bab kewangan.
Tiada istilah duit aku duit kau, kami kongsi segalanya dan tidak pernah ungkit mengungkit. Isteriku juga pandai memasak walaupun setelah bekerja membataskannya. Susah senang kami lalui bersama. Isteri yang sempurna, yang sangat menyayangi suaminya dan anak-anak.
Aku selalu melihat rakan-rakan yang bermasalah kewangan kerana segala komitmen perlu ditanggung dan isteri tidak mahu membantu berkongsi membayar komitmen walaupun gaji hampir sama jumlahnya. Aku sangat beruntung, getus hatiku sentiasa.
Cuma setelah beranak dua, hubungan batin kami agak jarang. Kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang dua bulan baru dapat. Aku faham mungkin dia penat bekerja. Perkara ini berlanjutan agak lama sehingga aku terpaksa melampiaskan nafsu aku sendiri di bilik air.
Cuma aku perasan isteriku sentiasa tak lekang dengan handphone di tangan. Waktu masak, makan, mandi semuanya dengan phone. Aku tak syak apa-apa, yalah zaman sekarang semua orang suka layan sosial media.
Dia juga mula membeli pakaian dalam yang agak seksi, lingerie, baju yang sangat seksi, minyak wanginya juga bau agak menggoda. Aku pernah bertanya, beli banyak-banyak ni kenapa dan pakai bila, alasannya waktu bersama dengan aku lah suami yang sah, walaupun adalah 4-5 kali sahaja dalam setahun.
Baru-baru ini aku nak upload sekeping gambar yang diambil menggunakan phone isteri, dia terlupa untuk send pada aku. Takdir Allah, dia tertidur dan lupa simpan phone, aku pun ambil dan teka passwordnya adalah tarikh lahir.
Tepat!! Aku menggigil, seakan-akan telah menggali harta karun di dalam phone isteri aku. Aku terkejut bila melihat dan membaca whatsapp tak senonoh antara dia dengan rakan sekerja, kawan seaktiviti (fitness) Instagram dan gambar-gambar di dalam album foto.
Dia sekolah – olah wanita liar, terbalik daripada perwatakannya. Skandal isteri aku bukan pada seorang lelaki sahaja, sebaliknya tiga – empat orang lelaki!! Sukar untuk aku percaya. Aku jumpa resit tempahan hotel (online receipt) sebanyak 5 kali, maknanya skandal sehingga ke ranjang.
Hampir 4 – 5 tahun juga aktiviti skandal isteri aku daripada timeline yang aku perhatikan dari tahun gambar – gambar diambil dan chat yang tak pernah dia delete. Patutlah ajakan aku untuk bersama sentiasa ditolak, rupa – rupanya dia makan luar!
Her dark side makes me shiver. Aku terus terkejutkan dia yang sedang tidur dan bertanya pada dia, apa salah aku pada dia sampai sanggup memijak maruah aku. Isteri aku menangis meminta ampun. Aku tampar (pukul sedikit untuk mengajar) namun tidak kuat.
Hanya untuk memberi kesedaran sakitnya dan hancurnya hatiku pada dia. Persoalannya, patutkah aku cerai dia? Aku sangat sayang pada isteri aku walaupun susah nak maafkan apa yang telah dia buat, menggatal dengan lelaki lain sehingga ke hotel.
Tak sanggup dan tak terfikir bagaimana anak – anak akan hidup tanpa keluarga yang lengkap bila ibu bapa berpisah. Rasa kasih pada anak – anak menenggelamkan amarah aku. Tapi maruah, ego dan perkataan dayus bermain di kepala aku setiap hari.
Seorang suami yang isterinya turut dikongsi dengan lelaki lain, menghantui fikiran aku setiap hari. Setakat hari ini, aku tidak menceraikan isteri aku dan aku telan pahitnya, beri dia kemaafan walaupun redha itu tidak pernah hadir atas segala kesalahannya.
Aku cuba lalui hari – hari mendatangkan untuk lupakan kesalahan dia dan move on demi anak – anak. Satu pesan aku pada suami – suami di luar sana, walaupun isteri kita lengkap dari semua segi, sopan, tutup aurat dan sebagainya, simpanlah sedikit curiga. Checklah phonenya sebelum kecurangan semakin parah jika ada. – Fared (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Salam dan hai semua. Terima kasih atas feedback kalian. Aku baca semua. Baiklah aku ceritakan kenapa bila isteri aku kant0i curang, aku tak terus ceraikan dia, walhal mana – mana lelaki pun tak akan boleh terima kecurangan isteri.
Ada beberapa sebab. Mesti korang akan kecam tapi aku dah ready. Bab kewangan macam ada satu dua komen tu, bukanlah masalah bagi aku sebab aku ada side bisnes sendiri yang agak maju dan boleh menjana 5 angka bulanan.
Alhamdulillah rezeki. Ini pun mungkin ada asbabnya, aku ceritakan di bawah nanti. Yang aku ceritakan kongsi kewangan dari segi komitmen tu di awal usia perkahwinan. Sebab pertama adalah aku sendiri yang menyaksikan segala teks mesej di WhatsApp, Telegram dan foto – foto yang ada dalam telefon isteri aku sepanjang tahun 2018 – 2021.
Dari tahun 2022 sehingga ke hari ini, ada lelaki durjana yang menghantar mesej kepada isteri aku, tapi dia hanya membaca sahaja selama setahun walaupun beratus mesej yang masuk. Panggilan WhatsApp juga tidak dijawab. Jadi apabila aku menghadapinya pada hari kejadian, jawapannya sama dengan bukti yang aku lihat.
Katanya dia telah bertaubat dan tahu dosanya kepada suami dan Allah SWT. Jadi atas sebab itu aku rasa perlu aku memberi ruang dan peluang untuk dia memperbaiki diri. Sebab kedua, sebab aku sendiri. Ini adalah sebab terbesar dan aku akan terima segala hujah pembaca untuk bahagian ini. Aku yakin dan sudah bersedia untuk dikritik.
Aku bukanlah suami yang baik, bukan suami yang sesuai dari segi dalaman. Luaran, ya, orang mungkin melihat aku sebagai seorang keluarga yang menyayangi isteri dan anak-anak. Namun hakikatnya, mungkin aku yang mencetuskan skandal isteri.
Aku juga terlibat skandal dengan isteri orang. Dua orang serentak pada masa yang sama! Aku berskandal dengan isteri orang, dan isteriku berskandal dengan suami orang. Dua kali lima. Awalnya, hanya rakan sekerja yang sering bercerita padaku mengenai suaminya yang selalu marah dan mengabaikannya. Aku, yang kononnya menjadi pendengar setia dan prihatin, sebenarnya hanya memperhatikan bentuk tubuhnya saja, yang akhirnya, dengan beberapa godaan dan ajakan, kami terlanjur. Aku juga membantu seorang janda dengan tiga anak yang kesempitan kewangan, dengan menunjukkan wajah baik dan prihatin, kami juga pergi ke hotel beberapa kali.
Tidak hanya itu, aku sering pergi ke kelab karaoke. Bukan kelab biasa, tetapi juga tempat di mana disediakan perkhidmatan wanita yang sentiasa cuba untuk memberikan lebih banyak layanan demi tip. Lelaki mana yang boleh menolak godaan wanita seksi, bukan? Aku tidak berada di rumah selalu.
Hampir setiap hari, aku hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi. Bertahun-tahun aku tenggelam dalam noda dan maksiat, aku mengabaikan isteriku. Jadi, korang boleh agak mengapa dia bertindak di luar batas. Yang aku tahu, bagi duit nafkah, selebihnya aku marah dia.
Sekecil-kecil hal pun, aku akan marah. Walaupun dia mengajak pergi ke restoran yang belum pernah kami cuba, jika tidak sedap, aku akan marah seolah-olah dia yang memasak tidak sedap. Jika dia mengajak berjalan-jalan bercuti, dan berlaku kesesakan lalu lintas, aku akan marah padanya. Aku marah hingga meluahkan kata-kata kasar.
Aku marah kerana apabila berlibur, aku tidak dapat pergi ke kelab untuk menerima layanan daripada wanita lain. Jika dia tidak sempat mencuci atau menggosok baju, aku akan marah pada pagi-pagi buta. Aku derakan emosinya. Aku tidak melihat dia sebagai seorang isteri, tidak pernah menjaganya atau mengambil kira emosinya, walaupun aku tidak pernah memukulnya. Aku bukan lelaki yang memukul isteri.
Selalu dia menangis kesedihan, tetapi bagi aku, itu hanyalah lakonan untuk mendapatkan simpati. Pesanku, yang penting ini, kepada para suami, jagalah emosi isteri. Kebanyakan luahan dalam ini semua bermula dari emosi isteri yang dihadapi oleh suami.
Lelaki yang fitrahnya boleh berkahwin empat, mana-mana lelaki pun akan cuba memanfaatkan kesempatan apabila melihat wanita sedih. Itulah yang terjadi pada aku, melalui isteriku, akibat kelakuan durjana aku sendiri.
Akhirnya, semuanya dibayar oleh Tuhan. Seperti isteriku, aku juga telah menghentikan semua aktiviti tidak bermoral pada tahun 2021. Mungkin disebabkan pandemik dan menyaksikan kematian, aku mula memikirkan akhirat, alam segala amal dan dosa dihitung. Aku cuba menjadi suami dan ayah yang terbaik.
Sebab-sebab inilah, ketika aku mengetahui perbuatan isteriku, aku tidak terus marah, sebaliknya hanya dosa-dosa lalu aku ‘flashback’ melalui kenangan aku. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kami. Kami juga akan bersama-sama menempuh kehidupan ini dengan penuh penyesalan dan taubat, menuju ke pengakhiran yang suci, sebagai suami dan isteri hingga ke syurga.
Mungkin itulah sebabnya, kami suami isteri semakin dimurahkan rezeki melalui perniagaan aku, apabila kami meninggalkan maksiat. Wahai pembaca sekalian, lelaki dan perempuan, jagalah hubungan dalam rumah tangga, jaga adab pergaulan, segala yang baik dan buruk adalah hasil dari tindakan kita. Mungkin benar, suami yang pendosa, jodohnya adalah isteri yang pendosa. Wallahualam bisawab. Sekian… – Fared (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet:
Farisya Umairaa: Manisnya sebuah dendam. Salute isteri you, hati dia kering nak balas balik. Dah la dapat balas balik, dapat buat u jatuh terduduk, and dapat bersedap juga. Bayangkan wife u bersedap-bersedap dengan jantan lain. Berround-round. Pedih tak? Macam tu la dia rasa masa u bersedap dengan GRO. U reap what u sow. Oklah sesuai bagai pinang dibelah dua both of you. Till jannah
Azlina Abd Wahab: Hek eleh. Habis apa tujuan ko hantar cerita kat sini? Dah korang sama je 2×5. Baru ko tahu kan bagaimana rasanya dicurangi. Sebab tu aku rasa pelik ada lagi yang nak simpan isteri skandal macam tu. Rupanya tak pelik lah sebab lelaki pun sama naik.