Tergamak ibu campak anak OKU berusia 6 tahun dalam sungai yang dipenuhi buaya

Tergamak ibu campak anak OKU berusia 6 tahun dalam sungai yang dipenuhi buaya

Tergamak ibu campak anak OKU berusia 6 tahun dalam sungai yang dipenuhi buaya. Seorang wanita berumur 26 tahun ditahan selepas mencampakkan anak lelakinya yang berumur enam tahun dan kurang upaya pertuturan ke dalam sebatang sungai dipenuhi buaya selepas dia bertengkar dengan suaminya, kata polis, semalam (5/5/2024).

Laman berita Wionews melaporkan, kejadian berlaku di daerah Dandeli, negeri Karnataka di selatan India pada Sabtu (4/5/2024).

Menurut polis, pasangan suami isteri itu sering bertengkar mengenai kecacatan yang dialami anak sulung mereka sejak lahir. Mereka juga mempunyai seorang lagi anak lelaki berumur dua tahun.

Tergamak ibu campak anak OKU berusia 6 tahun dalam sungai yang dipenuhi buaya

“Suami Savitri (suspek) yang dikenali sebagai Ravi Kumar, kerap mempersoalkan mengapa isterinya melahirkan anak sedemikian dan mendesak wanita berkenaan membuang kanak-kanak itu,” kata polis.

Selepas mereka bertengkar sekali lagi pada petang Sabtu, suspek yang kecewa bertindak membuang anaknya ke dalam saluran pembentungan yang bersambung ke Sungai Kali. Sungai berkenaan dipenuhi buaya.

Polis tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh jiran suspek. Polis menjalankan operasi mencari untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dengan bantuan penduduk tempatan dan penyelam. Bagaimanapun, disebabkan keadaan gelap, polis tidak dapat mengesan kanak-kanak itu.

Seorang pegawai polis berkata semalam (sehari kemudian) bahawa mereka telah menemui mayat kanak-kanak itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah, kesan gigitan di seluruh badan dan sebelah tangannya hilang akibat dibaham buaya. Mayat kanak-kanak berkenaan dihantar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian kanak-kanak lelaki itu.

“Kami telah mendaftarkan kes di balai Polis Luar Bandar Dandeli di bawah seksyen 109 dan 302 Kanun Keseksaan India dan menahan kedua-dua suami dan isteri berhubung kejadian itu,” kata pegawai itu.

Baca Lagi:

Anggota badan melecur tahap 4, rupanya ini jenis asid yang disimbah pada Faisal Halim

Akibat ayah kahwin senyap-senyap di Thailand, anak perempuan terkahwin dengan abang sendiri tanpa sedar

Lelaki Malaysia ini tak malu jadikan kereta sebagai rumah sebab dapat jimat banyak

CATEGORIES