Siapa punya idea angkat ‘wiper’ bila parkir kereta?, ini yang perlu anda tahu

Siapa punya idea angkat ‘wiper’ bila parkir kereta?, ini yang perlu anda tahu

Siapa punya idea angkat ‘wiper’ bila parkir kereta?, ini yang perlu anda tahu. Apabila memutuskan untuk membeli kereta, setiap orang perlu bersedia menghadapi kemungkinan kerosakan pada sebarang bahagian kereta.

Oleh itu, penjagaan dan pemeriksaan berkala amat penting.

Biasanya, perhatian diberikan kepada bahagian enjin dan tayar. Tetapi, bagaimana pula dengan kesihatan pengelap cermin depan atau wiper kereta anda?

Siapa punya idea angkat 'wiper' bila parkir kereta?, ini yang perlu anda tahu

Mungkin ada sesetengah orang yang menjaga pengelap cermin itu dengan mengangkatnya ketika memarkir terutama di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari.

Walaupun demikian, adakah tindakan tersebut sebenarnya perlu dilakukan? Benarkah pengelap cermin tidak akan rosak apabila melakukannya?

Untuk mengetahui jawapannya, mari ikuti perkongsian oleh pengguna TikTok @altimatautogarage di bawah ini.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok itu, difahami bahawa pengelap cermin sebenarnya tidak perlu diangkat ketika memarkir kereta kerana ia akan cepat rosak.

“Bila korang kerap angkat-angkat wiper korang ni, spring wiper korang ni akan cepat longgar,” katanya.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pengelap cermin tidak berfungsi dengan baik.

“Wiper korang takkan berfungsi dengan baiklah bila dia bergerak tu dia dah jadi tak betul, kalau dibiarkan lama-lama spring wiper pun boleh tertanggal,” katanya lagi.

Dalam pada itu, getah pengelap itu juga akan rosak kerana terkena cuaca panas sekaligus tidak boleh membersihkan air di cermin dengan betul.

Apa kena buat?
Justeru, jika ingin pengelap tersebut tahan lama, anda haruslah selalu membersihkan bilah pengelap dan cermin kereta, selain parkir di kawasan yang redup.

Langkah lain adalah dengan menukar pengelap tersebut setiap enam bulan sekali.

Untuk lebih jelas, saksikan video di bawah ini.

@altimatautogarage Mengarut lah parking nak kena angkat wiper!!! buat cepat jahanam je wiper tu!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #bengkelmobil #kereta #car #cars #carsoftiktok #carslover #mobil #trending #viral #fyp ♬ original sound – Altimat Auto Garage

Baca Lagi:
Anak durjana tamat riwayat ibu guna pencakar tanah sebab tak dapat beli motosikal
Gempar! Saintis jumpa planet gebu macam gula-gula kapas
Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram selepas 15 tahun Noordin Mohd Top disemadikan
CATEGORIES