TMJ beri bayangan sesuatu perkara yang besar akan berlaku

TMJ beri bayangan sesuatu perkara yang besar akan berlaku

TMJ beri bayangan sesuatu perkara yang besar akan berlaku. Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, telah memberikan petanda mengenai sesuatu perkara besar yang bakal berlaku.

Pasukan Harimau Selatan kini berada di Alicente, Sepanyol untuk menjalani aksi pra-musim sejak 14 April yang lalu.

JDT juga menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan dengan mengatasi dua lawan, iaitu Real Murcia dan La Nucia, dengan keputusan masing-masing 3-0 dan 3-1.

TMJ beri bayangan sesuatu perkara yang besar akan berlaku

Dalam satu kenyataan oleh Tunku Ismail, baginda memberi petanda bahawa akan berlaku sesuatu yang besar semasa baginda memuat naik satu hantaran semasa menonton aksi El-Clasico antara Real Madrid menentang Barcelona.

Sebelum ini, baginda juga telah memuat naik satu hantaran yang memberi petanda tentang usaha yang sedang dilakukan untuk kelab JDT sambil memakai jersi yang berlogo Real Madrid.

“Segera. Mengapa pilih yang sederhana,” kata DYAM Tunku Ismail dalam satu hantaran di laman Instagram.

Sebelum ini, JDT telah menjalin kerjasama dengan kelab La Liga, Valencia CF, dalam pembangunan Akademi Bola Sepak JDT dengan kerjasama membekalkan kepakaran dalam bidang kejurulatihan.

JDT kini masih mempunyai 5 lagi perlawanan di Sepanyol dengan aksi seterusnya akan menyaksikan juara bertahan Liga Super itu berdepan dengan kelab Divisyen 5, UD Castellonense pada 22 April 2024.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah
“Baru 3 bulan lepas kena, ini kali kedua kena”- Wanita tunjuk objek pelik seperti ‘Jenglot’ di bawah alas kaki tempat duduk belakang
TERKINI: 2 helikopter bertembung sebelum terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut
CATEGORIES