Helikopter TLDM terhempas: Status WhatsApp Komander Firdaus sebelum kejadian buat ramai sebak

Helikopter TLDM terhempas: Status WhatsApp Komander Firdaus sebelum kejadian buat ramai sebak

Helikopter TLDM terhempas: Status WhatsApp Komander Firdaus sebelum kejadian buat ramai sebak. Status terakhir Whatsapp daripada Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, telah menimbulkan rasa sedih di kalangan pengguna media sosial kerana ia seperti memberi petanda tentang pergi untuk selama-lamanya.

Tangkapan skrin status Allahyarham pada 22 April jam 6.26 petang yang menunjukkan kata-kata mengenai perpisahan telah dikongsi oleh rakan rapatnya sebelum menjadi viral di kalangan pengguna lain.

“Berbahagialah, aku tidak akan menganggumu lagi seperti hari-hari kemarin,- Ismail Sinaga,” status Whatsapp Allahyarham yang seolah-olah menjadi petanda pergi hari ini.

Helikopter TLDM terhempas: Status WhatsApp Komander Firdaus sebelum kejadian buat ramai sebak

Screenshot 2024 04 24 082730

Diketahui, Komander Muhammad Firdaus Ramli merupakan salah seorang daripada mangsa nahas Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) yang terkorban dalam kejadian pagi tadi.

Sebelum ini, melaporkan bahawa 10 kru dilaporkan terkorban apabila dua helikopter TLDM bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, TLDM mengesahkan bahawa sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.

Ujarnya, insiden itu melibatkan seramai 10 orang iaitu tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM.

Baca Lagi:
TERKINI: 2 helikopter bertembung sebelum terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut
Latar belakang ‘kekasih gelap’ Aliff Aziz yang ramai belum tahu, rupanya janda anak dua?
Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah
CATEGORIES