TERKINI: 2 helikopter bertembung sebelum terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut

TERKINI: 2 helikopter bertembung sebelum terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut

TERKINI: 2 helikopter bertembung sebelum terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut. Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berlaku.

TERKINI: 2 helikopter bertembung sebelum terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut

Menurutnya, laporan awal memaklumkan terdapat dua mangsa terlibat.

“Setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui, laporan media akan diberikan nanti,” katanya.

MAKLUMAT AWAL KEMALANGAN PESAWAT HELIKOPTER TLDM PADA 23 APRIL 24

0945H – POA Barat terima maklumat daripada Mk Udara memaklumkan terdapat 1 x HOM (M503-3) dan 1 x Fennec (M502-6) telah bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 0903H.

Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

BOMBA, 96 HAT dan Protela telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa yang terlibat adalah:

a. Pesawat HOM (M503-3) – 7 orang kru:

(1) Kdr Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM – PM Skuadron 503.

(2) Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin TLDM.

(3) Lt Kdr Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi TLDM.

(4) PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.

(5) TBC

(6) TBC

(7) TBC

b. Pesawat Fennec (M502-6) – 3 orang kru:

(1) Kdr Muhamad Amir bin Mohamad TLDM – PM Skuadron 502.

(2) Lt Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.

(3) PW II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.

Dukacita dimaklumkan kesemua kru kedua-dua pesawat tiada yang terselamat.

Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sekian perkara diangkat untuk makluman YBhg Dato’.

CC:
TPA Barat
AKS Op

Baca Lagi:
‘King’ Myvi akhirnya kalah dengan Bezza pada tahun 2023, sekarang hanya popular di Pantai Timur
Lelaki pandu Honda Civic maki jurutol sebab tak cukup baki, siap ‘sound’ sebab kau bodoh kau kerja tol!
Buat hantaran ancam Agong, pekebun kelapa sawit didenda RM12,000
CATEGORIES