Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah

Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah

Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah. Setiap tahun, Forbes akan mengeluarkan senarai orang terkaya di dunia, di mana nama Bill Gates dan Elon Musk pasti termasuk dalam senarai tersebut. Namun, apabila kita mengambil kira inflasi, ternyata ada orang lain yang jauh lebih kaya daripada mereka.

Bukan itu sahaja, walaupun Bill Gates pernah menduduki carta teratas sebagai orang terkaya di dunia, namun kekayaannya masih belum mampu menandingi kekayaan orang-orang yang terdapat dalam senarai berikut. Jika anda ingin mengetahui siapa orang paling kaya sepanjang masa, bacalah senarai berikut!

Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah

5. Henry Ford (1863-1947)

Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah

US$200 bilion

Walaupun Henry Ford bukan pencipta pertama kereta, namun beliau telah menjadikan kereta sebagai satu bentuk kenderaan yang praktikal dan mampu untuk digunakan oleh orang biasa.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab dalam pengeluaran kereta model ekonomi secara besar-besaran pada abad ke-20 dan seterusnya menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara terkaya di dunia.

Jadi tidak hairanlah jika kekayaannya sendiri diperkatakan turun temurun tak pernah habis!

4. Cornelius Vanderbilt (1794-1877)

Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah

US$202 bilion

Penduduk asal New York, Cornelius Vanderbilt telah memperoleh kekayaan dalam industri kapal wap sebelum terlibat dalam industri yang menjadikan beliau sebagai orang keempat paling kaya dalam sejarah, iaitu landasan kereta api.

Walaupun Cornelius merupakan seorang hartawan, beliau bukan seorang dermawan. Sebagaimana yang diketahui, 95% daripada kekayaannya telah diwarisi oleh seorang anak, William, walaupun beliau mempunyai seramai 13 orang anak. Wah!

3. Jakob Fugger (1459-1525)

Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah

US$227 bilion

Jakob merupakan individu tertua dalam senarai ini. Beliau boleh dikategorikan sebagai salah seorang yang unik dalam kalangan orang kaya ketika zaman pra-Revolusi Industri. Ini disebabkan, pada zaman tersebut kebanyakan orang menjadi kaya melalui pengaruh politik atau kepimpinan negara, tetapi Jakob memperoleh kekayaan melalui perniagaannya sendiri.

Malahan, kekayaannya telah didokumentasikan dengan agak tepat sehingga boleh digunakan sebagai perbandingan kepada orang-orang kaya pada zaman-zaman berikutnya.

Dilahirkan di Jerman dalam keluarga yang kaya yang terlibat dalam perdagangan tekstil, Jakob menggunakan kekayaan keluarganya untuk melancarkan operasi perlombongan antarabangsa yang mendominasi Eropah dan Asia pada masa itu.

2. Andrew Carnegie (1835-1919)

Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah

US$337 bilion

Dilahirkan dalam keluarga yang miskin di Scotland sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat, Andrew Carnegie telah memperoleh kekayaannya dengan melibatkan diri dalam industri besi.

Walaupun memiliki harta yang sangat banyak sehingga menjadikan dia sebagai orang kedua terkaya dalam sejarah, yang membezakan Andrew dari yang lain dalam senarai ini adalah sifat dermawan yang terkenal.

Beliau telah menyumbangkan 90 peratus dari keuntungannya kepada pelbagai kerja amal. Dalam salah satu artikel popular yang ditulis pada tahun 1889 bertajuk “The Gospel of Wealth”, Andrew menyatakan bahawa orang-orang kaya mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan kekayaan mereka untuk membantu masyarakat dan bukannya menggunakannya untuk mewarisi anak-anak mereka atau untuk berbelanja secara berlebihan.

Beliau juga mengatakan bahawa orang-orang kaya sepatutnya menggunakan harta mereka untuk menyokong pendidikan, membina perpustakaan, menyediakan dana untuk penyelidikan, dan menubuhkan institusi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan cara ini, Andrew percaya bahawa ini akan membantu mengurangkan ketidakadilan dalam masyarakat.

Orang yang mati kaya, mati dalam kehinaan.”

1. John D. Rockefeller

Ramai yang tak tahu 5 orang ini paling kaya dalam sejarah dunia, Bill Gates & Elon Musk pun kalah

US$367 bilion

Hari ini, enam syarikat terbesar di dunia adalah perniagaan petroleum, menjadikan industri minyak sebagai salah satu yang paling menguntungkan di dunia.

Apabila John D. Rockefeller membina kilang penapisan minyak pada tahun 1860-an, minyak belum menjadi komoditi paling penting di dunia. Namun, apabila permintaan terhadap minyak mula meningkat, John mengawal hampir 90 peratus pasaran minyak di Amerika Syarikat.

Walaupun kerajaan Amerika Syarikat kemudiannya mengurangkan monopoli tersebut, pada masa itu, John telah bersara dan memperoleh keuntungan. Rockefeller kemudian mendermakan hampir seluruh kekayaannya kepada pendidikan dan seni, menjadikannya orang paling dermawan dalam sejarah.

Jika lebih ramai orang kaya seperti John dan Andrew, masyarakat juga dapat menikmati kekayaan mereka…

Baca Lagi:
Lelaki pandu Honda Civic maki jurutol sebab tak cukup baki, siap ‘sound’ sebab kau bodoh kau kerja tol!
Buat hantaran ancam Agong, pekebun kelapa sawit didenda RM12,000
Jurutera berusia 35 tahun dedah selesa pakai lampin bayi, dah 6 tahun kahwin tapi isteri tak pernah tahu
CATEGORIES