“Baru 3 bulan lepas kena, ini kali kedua kena”- Wanita tunjuk objek pelik seperti ‘Jenglot’ di bawah alas kaki tempat duduk belakang

“Baru 3 bulan lepas kena, ini kali kedua kena”- Wanita tunjuk objek pelik seperti ‘Jenglot’ di bawah alas kaki tempat duduk belakang

“Baru 3 bulan lepas kena, ini kali kedua kena”- Wanita tunjuk objek pelik seperti ‘Jenglot’ di bawah alas kaki tempat duduk belakang.
Amat jelas bahawa perbuatan sihir, santau, dan seumpamanya melanggar hukum agama kerana ia merupakan bentuk penyekutuan terhadap Allah.

Namun, tidak menghairankan jika individu yang penuh dengan sifat dengki masih melibatkan diri dalam perbuatan terkutuk ini dengan niat untuk merosakkan kehidupan orang lain.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh @ainakecik2 di TikTok, beliau mendakwa bahawa beliau menemui satu objek aneh yang tersembunyi di bahagian belakang tempat duduk kereta. Objek tersebut didakwa merupakan barang sihir yang menyerupai ‘jenglot’.

"Baru 3 bulan lepas kena, ini kali kedua kena"- Wanita tunjuk objek pelik seperti 'Jenglot' di bawah alas kaki tempat duduk belakang

‘Jenglot’ ialah patung kecil yang memiliki rambut panjang dan digunakan oleh individu yang mempraktikkan ilmu hitam.

Menurut kata-kata Aina, ini merupakan kali kedua dia mengalami gangguan sebegitu, tetapi dia menerima kejadian tersebut dengan redha.

“Baru 3 bulan lepas kena.. kali kedua kena. Ya Allah, jika ini takdirku atau ujian daripada-Mu. Aku terima segala ujian-Mu,” katanya.

Aina turut berkongsi bahawa dia mengalami sakit kepala yang tidak sembuh walaupun telah mencari rawatan dari doktor di klinik selama sebulan. Tambahan pula, dia juga diganggu semasa sedang tidur pada waktu siang.

"Baru 3 bulan lepas kena, ini kali kedua kena"- Wanita tunjuk objek pelik seperti 'Jenglot' di bawah alas kaki tempat duduk belakang

Jumpa lepas berubat, mungkin orang dengki

Di ruangan balas dalam hantaran itu, Aina menjawab beberapa soalan daripada netizen. Dia berkata makhluk itu dijumpai di dalam kereta selepas dia pergi mendapatkan rawatan Islam.

"Baru 3 bulan lepas kena, ini kali kedua kena"- Wanita tunjuk objek pelik seperti 'Jenglot' di bawah alas kaki tempat duduk belakang

Aina juga mendakwa kejadian aneh seperti itu semakin menjadi-jadi semenjak dia membeli kereta baharu.

"Baru 3 bulan lepas kena, ini kali kedua kena"- Wanita tunjuk objek pelik seperti 'Jenglot' di bawah alas kaki tempat duduk belakang

Allahu.. moga dipermudahkan urusan.. harap dijauhkan dari sifat dengki manusia

Baca Lagi:
TERKINI: 2 helikopter bertembung sebelum terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut
‘King’ Myvi akhirnya kalah dengan Bezza pada tahun 2023, sekarang hanya popular di Pantai Timur
Buat hantaran ancam Agong, pekebun kelapa sawit didenda RM12,000
CATEGORIES