Selepas Dubai langit jadi warna hijau, kini di Greece pula langit bertukar warna jingga

Selepas Dubai langit jadi warna hijau, kini di Greece pula langit bertukar warna jingga

Selepas Dubai langit jadi warna hijau, kini di Greece pula langit bertukar warna jingga. Jerebu berwarna jingga yang terbentuk akibat pergerakan debu dari Gurun Sahara menyelubungi beberapa kawasan di Greece terutamanya bandar ibu kota, Athens pada Selasa lalu, lapor stesen penyiaran CNN pada 24 April 2024.

Ia mendorong pihak berkuasa negara berkenaan mengeluarkan amaran kesihatan, manakala fenomena itu mewujudkan pemandangan luar biasa.

Perkhidmatan meteorologi Greece berkata, keadaan cuaca itu berpunca daripada pergerakan debu dari Afrika. Ia menyebabkan peningkatan pengumpulan debu di atmosfera terutamanya di selatan Greece.

Selepas Dubai langit jadi warna hijau, kini di Greece pula langit bertukar warna jingga

“Ia adalah salah satu episod kepekatan debu dan pasir yang paling serius dari Gurun Sahara sejak 21 hingga 22 Mac 2018, apabila ia melanda Pulau Crete khususnya,” kata Pengarah Penyelidikan Cuaca Balai Cerap Athens, Kostas Lagouvardos kepada agensi berita AFP.

Bagaimanapun, debu itu diramal beransur-ansur berkurangan di kawasan tersebut sebelum bergerak ke bahagian timur negara berkenaan.

Video dan imej yang dikongsikan secara online menunjukkan orang ramai di Athens menyaksikan jerebu berwarna jingga oren dari bukit berhampiran ibu kota Greece itu.

Seorang pengguna media sosial menulis, debu jingga terang telah menjadikan Athens kelihatan seperti planet Marikh.

Dalam pada itu, negara di Mediterranean timur, Cyprus turut terjejas oleh fenomena serupa.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), sistem tekanan rendah di utara Afrika membawa debu itu ke Cyprus beberapa kali pada pertengahan bulan ini sekali gus mengurangkan kualiti udara.

Baca Lagi:
Kalau sayang kereta, jangan sesekali tinggal ‘kertas’ dalam kereta, buruk padahnya
“Menantu balik nak bilik ada aircond dan kipas, tapi berkira nak bayar bil elektrik, aku terpaksa halau anak menantu dan cucu keluar”
Ramai yang belum tahu, ini 7 perkara yang tak boleh dibuat ketika melancong ke Thailand
CATEGORIES