Kedah anjur Pesta Songkran, ini jawapan ringkas YB PAS buat ramai ‘geram’

Kedah anjur Pesta Songkran, ini jawapan ringkas YB PAS buat ramai ‘geram’

Kedah anjur Pesta Songkran, ini jawapan ringkas YB PAS buat ramai ‘geram’. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari enggan memberikan sebarang komen berhubung isu Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Perikatan Nasional menganjurkan Sambutan Pesta Songkran pada Sabtu lalu.

“No komen,” demikian jawapan ringkas Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini bagi mengulas berkenaan isu Pesta Songkran yang diadakan di Kedah baru-baru ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa perayaan Songkran, tahun baru tradisional Siam, yang juga disambut oleh masyarakat di negeri Kedah, akan dijadikan produk pelancongan negeri.

Kedah anjur Pesta Songkran, ini jawapan ringkas YB PAS buat ramai 'geram'

Pesta Songkran yang lebih dikenali sebagai Pesta Mandi Air melibatkan penyiraman air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam serta NGO Negeri Kedah, Wong Chia Zhen, menyatakan bahawa Sambutan Pesta Songkran pada tahun ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa Wat Lamdin.

Beliau mengatakan bahawa penganjuran Program Pesta Songkran itu memberi peluang kepada masyarakat Siam di Kedah untuk meraikan Perayaan Songkran dan juga menjadi tarikan kepada masyarakat lain untuk mengenali budaya masyarakat Siam di negeri tersebut.

Namun, pada Ogos 2023, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Kampar melaporkan keberatannya terhadap penganjuran Pesta Songkran yang dijadualkan berlangsung di Sahom pada 26 dan 27 Ogos 2023.

Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman, merasa kecewa dengan promosi terbuka kepada masyarakat untuk menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan prinsip Islam kerana Pesta Songkran melibatkan unsur-unsur adat keagamaan Buddha.

Baca Lagi:
Wanita disyaki ‘merajuk’ berdiri di tengah lebuhraya, rider motosikal besar maut rempuh Triton 4×4
“Elaun mesyuarat ada masuk akaun bank, saya pulangkan balik, saya tak mahu” – PMX
Kalau sayang kereta, jangan sesekali tinggal ‘kertas’ dalam kereta, buruk padahnya
CATEGORIES