“Saya terima wasap dari orang yang tak dikenali, dia hantar gambar suami minum petang dengan wanita, siap hantar location lagi, sekali ini yang jadi..”

“Saya terima wasap dari orang yang tak dikenali, dia hantar gambar suami minum petang dengan wanita, siap hantar location lagi, sekali ini yang jadi..”

“Saya terima wasap dari orang yang tak dikenali, dia hantar gambar suami minum petang dengan wanita, siap hantar location lagi, sekali ini yang jadi..”. #Foto sekadar hiasan. Hidup ini kalau takut jadi umpat keji orang, tentu kita hidup dalam keadaan serba salah. Tetapi setelah berusaha jadi baik pun dikata orang, tambah sakit hati apabila keluarga kita hingga ibu dan adik beradik kita turut jadi mangsa cacian. Tentu kita boleh sakit jiwa kan?

Kalau takut diumpat keji setelah kita berbuat baik, maka jalan terbaik kita duduk dalam gua, orang tak nampak, itu sindir emak. Ketika saya ceritakan tentang apa yang orang sekeliling kata tentang keluarga kami, semuanya tak betul, semua tak baik.

Masalah keluarga kami jadi umpatan orang bila emak bercerai. Mulalah orang kata nenek jadi janda, anak pun ikut sama. Nenek kahwin suami orang. Kebetulan zaman dulu madu nenek tinggal nun jauh di kampung, sedangkan suaminya duduk dan bekerja dekat pekan dekat kampung kami. Waktu itu bermadu tak jadi masalah besar seperti sekarang.

"Saya terima wasap dari orang yang tak dikenali, dia hantar gambar suami minum petang dengan wanita, siap hantar location lagi, sekali ini yang jadi.."

Nenek nikah pun orang kampung uruskan. Tak dengar pulak cerita nenek kena serang ke, kena pukul atau kena maki hamun dengan isteri pertama, mungkin waktu itu, jalan perhubungan jauh, bas pun susah nak dapat jadi tak adalah berlaku peperangan.

Lepas 2 orang anak nenek kahwin, suaminya meninggal dunia. Nenek balik duduk kampung. Nak jadikan cerita 2 orang anak perempuan nenek, salah seorang emak saya tak sampai 8 tahun kahwin kena cerai, sebab suaminya kahwin lain setelah pindah tempat kerja. Jadi tinggallah emak dengan saya 3 beradik.

Oleh kerana emak tak bekerja, emak balik duduk dengan nenek di kampung, jadi saya pun jadi orang kampung, sekolah di kampung, itu semua tak jadi hal hingga sampai masanya saya dengar cerita ada orang lamar emak untuk jadi isterinya.

Awalnya memang saya tak suka. Nenek setuju, kata nenek kami dah besar siapa nak bantu sara kami. Ayah kami tak pernah bagi nafkah. Emak terpaksa kerja jadi tukang masak kantin sekolah untuk sara kami. Di situlah ada orang nampak lamar emak jadikan isteri.

Lepas kahwin suami emak suruh berhenti kerja sebab dia dapat gerai tepi jalan dan dia nak berniaga. Katanya emak pandai masak boleh cari duit sendiri, buat apa jadi kuli orang. Katanya dia akan bagi modal emak boleh masak suka hati, bila berniaga boleh sara anak-anak. Tentulah emak terima cadangan suaminya.

Bila berniaga, bapak tiri bawa emak duduk menyewa di pekan sebab senang nak berniaga. Dan kami terus duduk dengan nenek dan bersekolah di kampung. Habis tingkatan 5, kakak di bawa duduk dengan emak dan disuruh tolong emak berniaga.

Kakak tak mahu sebab nak sambung belajar cita-cita kakak nak jadi cikgu. Tapi bapak tiri marah, akhirnya kakak lari ikut kawan dan dapat kerja kilang, dan duduk rumah kawan. Bapak tiri mengamuk marahkan emak kerana tak pandai jaga anak.

Walaupun masih bersekolah, tetapi saya perhatikan hidup emak tidaklah senang sangat, walaupun emak kata perniagaannya maju. Enam tahun emak berniaga, yang saya nampak bapak tiri ada kereta walaupun kereta terpakai dan motor, emak seutas gelang pun tak ada. Nenek kata mungkin bapak tiri simpan untuk hari tua.

Tetapi benda buruk cepat orang dapat hidu, dengar cerita bapak tiri dah kahwin lagi tanpa pengetahuan emak. Ceritanya terbongkar bila sepupu emak bercerita dengan nenek. Bila dah terbongkar tentulah jadi perang. Bapak tiri lagi ganas dia cerai emak, dan suruh emak balik kampung.

Gerai diberikan kepada isteri barunya untuk teruskan perniagaan. Oleh kerana emak tak ada simpanan, kerana setiap hasil jualan bapa tiri ambil konon nak simpan dan nak buat modal, tapi yang nampak, bapak tiri beli kereta dan motor.

Emak tak pernah dibawa berjalan makan angin, sebab disuruh berniaga setiap hari kerana takut pelanggan lari. Sedangkan dia menerima nikmat bersama wanita lain. Emak ditinggalkan menangis tanpa henti. Tetapi kerana emak pandai masak, emak membuka gerai dekat kampung dengan modal dari nenek.

Bila sudah berniaga, walaupun kecil, tetapi makanan dan minuman kami bersama nenek terjamin. Sejak itu, apabila saya menyatakan keinginan untuk melanjutkan pelajaran, emak memberi galakan. Kakak juga diberi galakan oleh emak untuk melanjutkan pelajaran. Kakak mula berminat dalam bidang komputer dan mengikuti kelas malam di kolej swasta. Pada masa itu, penggunaan komputer masih baru diperkenalkan.

Singkat cerita, saya dan kakak berjaya mendapatkan diploma. Walaupun sudah bekerja, emak tetap meneruskan perniagaan dengan bantuan adik lelaki yang berminat dalam bidang perniagaan. Kerana minat yang mendalam dalam perniagaan, waktu itu burger menjadi popular selain daripada membantu emak dalam perniagaan nasi campur.

Singkat kata, apabila kami hendak berkahwin, saya dan kakak bersanding bersama dalam upacara perkahwinan untuk menjimatkan belanja kenduri. Apabila kami mempunyai 2 orang anak, episod baru bermula. Kakak bergaduh dengan suaminya kerana kakak tidak mahu menanggung suaminya yang malas bekerja.

Dia menunggu gaji kakak untuk hidup. Kerja tidak sampai 2 bulan kemudian dihentikan dan mencari kerja lain, begitu seterusnya. Kakak terus mencari kerja, tetapi selalu berhenti kerja. Kakak menyatakan dia tidak mahu berakhir seperti emak yang dikhianati oleh suami, di mana emak berkorban sehingga separuh nyawa, tetapi suami emak mengumpulkan wang dan berkahwin dengan wanita lain. Kakak tidak mahu ditipu.

Oleh kerana bekas suami kakak juga orang dekat kampung kami, cerita perceraian kakak menjadi bahan perbualan. Rupanya bekas suami takut kakak mendapat kebahagiaan dengan orang lain, jadi dia mencetuskan cerita-cerita negatif tentang kakak agar nama keluarga kami tercemar.

Tetapi kakak tidak terpedaya. Kakak menolak segala dakwaan tersebut kerana kakak sendiri menyaksikan perangai bapak tirinya yang menipu emak dahulu. Kebijaksanaan emak menjadi pegangan hidup kakak, oleh itu kakak tidak mahu menjadi mangsa tipu daya. Cerita perceraian kakak menjadi gosip di kampung, dan ada yang menyimpulkan bahawa keturunan kami sentiasa bercerai, dengan isteri yang tidak mahu menjaga suami sehingga menjadi janda.

Tanpa sebab yang munasabah, cerita tentang hidup nenek yang bermadu dan perceraian emak yang kedua menjadi bahan umpatan yang keji bagi mereka, dan seterusnya kakak menjadi sasaran sindiran mereka. Namun, emak tetap tabah dan nenek tidak memperdulikan fitnah tersebut. Bekas suami kakak mengancam untuk mengambil anak-anak.

Dia pergi sekolah pujuk anak-anak ikut dia. Mereka lari mengadu dengan guru akhirnya dengan bantuan ketua kampung, masalah dapat diselesaikan apabila anak-anak memilih untuk tinggal bersama emak. Selamat satu bab.

Nak jadikan cerita, tak pasal-pasal suami saya pulak buat hal, waktu itu saya ikut suami di bandar lain. Rupanya dalam diam suami tambat ramai gadis jadi kekasihnya, saya tak sedar hinggalah adik beritahu. Tapi suami nafikan konon gadis-gadis itu rakan sekerjanya, tetapi kalau dah makan malam berdua-duaan, apa cerita?
Dua tahun lamanya saya sabar dan perhatikan perangainya, memang orang tengah gila berasmara dia cepat lupa diri. Bab balik lewat alasan banyak kerja dah jadi cerita basi. Satu hari saya terima wasap dari orang yang tak dikenali dia hantar gambar suami minum petang dengan wanita. Siap hantar location lagi. Tanpa buang masa saya bawa anak ikut sama.
Tengah terhendap-hendap mencari suami, tiba-tiba suami dan seorang wanita keluar dari restoran tersebut. Sempat saya rakam gambarnya, suami tak hantar wanita itu balik, dia ada kereta, suami naik motor. Saya cuba ikut wanita tersebut tetapi gagal, sebab saya bukan cekap memandu terutama dalam keadaan tengah marah.

Bila gagal, saya terus balik rumah. Suami tak balik lagi. Saya tunggu hingga jam 10 malam baru dia sampai. Pembaca tentu tahu apa terjadi, kami bertengkar. Suami nafikan, tapi bila saya forwardkan gambar dia dengan wanita itu, mana boleh tipu lagi.

Dia mula salahkan saya konon saya lebih pentingkan kerja daripada melayan dia sebagai suami. Jawapan saya mudah, kalau nak layan dia seperti yang dituntut dalam agama, saya minta dia siapkan makan minum, pakaian dan pelajaran anak-anak, dan saya akan berhenti kerja untuk layan dia atas katil, itu memang kerja seorang isteri seperti yang dia hendak.

Dan dia mesti bereskan semua tugas yang selama ini dia bebankan pada saya seperti sediakan makan minum anak-anak, bayar duit pengasuh anak, bayar bil utiliti dan jangan lagi cuba meminjam duit daripada saya bila tak ada duit.

Sedar dengan tahap kemampuannya yang memang tak mampu, dia mula tuduh saya tidak ikhlas dan lebih pentingkan diri dan keluarga daripada dia. Perperangan kami memang berpanjangan, ada perang dingin, ada perang baling barang, dan pernah dia cuba menendang saya.

Sampai tahap itu, saya terus katakan jika dia tidak menyukai saya lagi, saya sedia diceraikan. Itu lebih menyenangkan dia untuk berkahwin lagi. Berbulan-bulan juga kami berperang dingin. Kerana saya tidak suka ‘berperang’, dan untuk mengelakkan dosa, saya cadangkan dia cepat menceraikan saya dan boleh segera berkahwin.

Memanglah dia tidak mahu. Tetapi kerana perangainya semakin menyakitkan hati saya, saya tuntut cerai di mahkamah, senang cerita, tidak perlu berperang lagi. Sebelum bercerai, saya mengadu pada emak, emak serahkan saya untuk membuat keputusan.

Bila sudah bercerai, tentu berita itu tersebar ke telinga sesetengah orang kampung. Mulalah saya dengar mereka mengutuk keluarga kami yang bercerai-berai. Mereka kata nenek bercerai, emak bercerai, sekarang anak-anak ikut. Memang kami tidak tahu jaga laki.

Kepada orang yang menyampaikan berita yang menyakitkan hati itu, saya nasihatkan mereka untuk menjaga keluarga sendiri, takut anak cucu mereka pula bercerai-berai, kerana jodoh, rezeki, dan hidup mati bukanlah urusan manusia, semuanya adalah urusan Allah.

Baca Lagi:
Bulan puasa pun ada hantu?, jemaah lelaki tiba-tiba rebah ketika solat, dakwa nampak sesuatu sosok besar menghampirinya
Ramai yang tertanya-tanya apa akan jadi jika meter mileage kereta sampai 999999? Ini jawapannya
Pemandu e-hailing cemas pelanggan minta hantar jenazah pukul 12 malam
CATEGORIES