Hannah Yeoh kongsi keadaan sebenar padang SNBJ buat ramai merasa hairan, yang ditular di media sosial lain pula

Hannah Yeoh kongsi keadaan sebenar padang SNBJ buat ramai merasa hairan, yang ditular di media sosial lain pula

Hannah Yeoh kongsi keadaan sebenar padang SNBJ buat ramai merasa hairan, yang ditular di media sosial lain pula. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dalam satu perkongsian mendedahkan keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) susulan pelbagai isu yang timbul mengenai status padang tersebut.

“Gambar SNBJ 8:40 malam ini,” katanya.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook turut memaklumkan bahawa pasukan Harimau Malaya dan Oman tidak dibenarkan menggunakan padang SNBJ disebabkan oleh faktor hujan yang berterusan baru-baru ini, setelah menerima arahan dari Pesuruhjaya Perlawanan FIFA (MC).

Hannah Yeoh kongsi keadaan sebenar padang SNBJ buat ramai merasa hairan, yang ditular di media sosial lain pula

Langkah ini diambil untuk memastikan keadaan rumput berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan pada malam esok.

Selain itu, pihak MC juga telah meluluskan padang stadium tersebut sebagai medan pertempuran antara kedua-dua pasukan.

Dalam perkongsian tersebut juga, beliau turut menggesa penyokong Harimau Malaya untuk membanjiri SNBJ bagi memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan.

Sebelum ini, satu rakaman dron yang dikongsikan oleh seorang pemilik Youtube telah menjadi tular yang memaparkan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih belum mencapai tahap terbaik, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.
Lebih-lebih lagi, beberapa bahagian permukaan padang masih menampakkan keadaan rumput yang rosak, bertompok, dan berpasir.

Hal ini menimbulkan kebimbangan kerana ia berpotensi untuk mengganggu rentak permainan Harimau Malaya dan juga pasukan lawan dalam perlawanan keempat Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Apatah lagi, perlawanan pada malam esok menjadi misi penting bagi skuad kendalian Kim Pan-gon untuk meraih kemenangan demi menebus kekecewaan selepas tewas kepada pasukan itu di Muscat pada Jumaat lepas.

Sebelum ini, Malaysia tewas 0-2 kepada Oman dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat pada Jumaat lepas.

Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh pemain Issam Al-Sabhi pada minit ke-58 dan Muhsen Al-Ghassani pada minit ke-88.

Malaysia kini berada di tangga ketiga Kumpulan D selepas tiga perlawanan, berkongsi enam mata bersama Oman dan Republik Kyrgyzstan yang hanya dibezakan menerusi perbezaan defisit gol.

Manakala Chinese Taipei pula menduduki tangga terakhir kumpulan tanpa sebarang mata terkumpul selepas tiga perlawanan dimainkan.

Baca Lagi:
Ramai yang tertanya-tanya apa akan jadi jika meter mileage kereta sampai 999999? Ini jawapannya
Butik baju Melayu Elrah terbakar, tapi netizen hairan kenapa siap ada video, dah macam latihan kebakaran peringkat sekolah
Pemandu e-hailing cemas pelanggan minta hantar jenazah pukul 12 malam
CATEGORIES