Rupanya begini cara bawang MARDI ditanam setelah berjaya tuai hasil 2.3 tan pertama

Rupanya begini cara bawang MARDI ditanam setelah berjaya tuai hasil 2.3 tan pertama

Rupanya begini cara bawang MARDI ditanam setelah berjaya tuai hasil 2.3 tan pertama. Semalam, Projek Bawang Malaysia di bawah Kementerian Pertanian Malaysia berjaya membuat sejarah apabila hasil pertama sebanyak 2.3 tan metrik bawang berjaya dipetik daripada ladang pertanian di Sungkai, Perak.

Seperti yang kita ketahui, benih-benih bawang tempatan ini dihasilkan melalui penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

MARDI kemudian mengedarkan benih-benih tersebut secara besar-besaran kepada petani-petani yang dilantik dan terlibat dalam projek penanaman bawang merah tempatan ini.

Rupanya begini cara bawang MARDI ditanam setelah berjaya tuai hasil 2.3 tan pertama

Menurut Bernama, MARDI juga membangunkan prosedur operasi standard (SOP) penanaman bawang merah tempatan untuk membolehkan tanaman tersebut ditanam dua atau tiga musim setahun.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani, menyatakan bahawa SOP tersebut adalah hasil inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh institut tersebut.

SOP tersebut bertindak sebagai panduan kepada usahawan pertanian untuk memastikan pengeluaran bawang yang berkualiti serta menjana keuntungan.

Namun, kerana industri penanaman bawang skala besar adalah baru di Malaysia sebelum ini, ramai yang ingin tahu bagaimana tanaman tersebut diusahakan.

Untuk menjawab pertanyaan tersebut, MARDI telah menerbitkan satu video pada bulan lepas yang menunjukkan proses penanaman bawang merah tempatan dari tapak semaian sehingga hasil boleh dipetik.
Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam aktiviti penanaman bawang merah oleh MARDI. Melalui kaedah pertama, bawang ditanam menggunakan benih bebawang.

Dalam video tersebut, kakitangan MARDI kelihatan memotong 1/3 bahagian atas bawang atau pucuk bebawang. Tujuan pemotongan bahagian atas adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan tunas. Bawang yang tidak dipotong boleh melambatkan proses pertumbuhan.

Kemudian, mereka mencampurkan bebawang bersama serbuk racun kulat di dalam bekas, kemudian benih ditanam dengan mendalamkan 1/3 saiz bebawang.

Berdasarkan video tersebut, kakitangan Mardi juga menggunakan plastik tutup tanah atau plastik silvershine yang dipotong bulat untuk menjaga jarak antara bawang.

Manakala untuk kaedah kedua, penanaman dilakukan menggunakan biji benih bawang yang ditanam dalam bekas tapak semaian khas.

Melalui video tersebut, setiap lubang dalam bekas tapak semaian diisi dengan satu atau dua biji benih. Tanah diratakan dan disiram sehingga lembap.

Menurut MARDI, anak benih akan matang dalam tempoh 30-45 hari di nurseri. Apabila matang, mereka akan dipindahkan dan ditanam di kawasan tanah.

Video yang dikongsikan juga menunjukkan perkembangan anak benih yang disemai dan ditanam. Anda boleh menonton keseluruhan proses tersebut di bawah.

Baca Lagi:
Ramai dibuang kerja & kereta ditarik jadi sebab utama ramai yang tak balik kampung beraya
Sejarah baru buat negara, projek tanam bawang Malaysia berjaya hasilkan 2.3tan tuaian pertama
Bella Astillah mengaku ada hubungan dengan Muaz Zabir, ‘saya buat semua tu sebab…’
CATEGORIES