Datuk Red dapat RM78k sehari jual biskut raya di TikTok

Datuk Red dapat RM78k sehari jual biskut raya di TikTok

Datuk Red dapat RM78k sehari jual biskut raya di TikTok. Siapa sangka rezeki Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu melimpah ruah selepas tampil mencari pekerjaan di TikTok.

Suami kepada Adira ini diketahui kini mencuba bisnes kecil-kecilan iaitu menjual biskut raya di aplikasi tersebut. Baru dilancarkan pada 1 April lalu, lebih daripada 2,000 balang sudah terjual.

Laporan dari Kosmo!, biskut tersebut dijual pada harga RM35 sebalang dan dengan pengiraan ini, jualan setakat ini melebihi RM78,000.

Datuk Red dapat RM78k sehari jual biskut raya di TikTok

Apabila berpeluang, Datuk Red tidak berputus asa membuat siaran langsung untuk menjual biskut raya dengan niat untuk melunaskan hutang.

“Maafkan saya kerana sering membuat siaran langsung. InsyaAllah, niat saya adalah untuk mencari rezeki. Walaupun penat, tetapi niat saya adalah bekerja demi menyelesaikan hutang,” katanya.

@dato..red Assalam…selamat berpuasa..sudila kiranya singgah live sya.. #niatbayarutang ♬ Tuhan Tak Pernah Janji – Jangan Pernah Menyerah – Debbie Great

Selain dari menjual biskut raya, Datuk Red juga terlihat mula menjadi hos siaran langsung untuk menjual pelbagai barangan lain, antaranya produk kecantikan, baju Melayu, dan minuman berkhasiat yang disponsor oleh Mama Neelofa.

Hasil siaran langsung selama 40 minit bersama Jakel Textile, mereka berjaya meraih lebih daripada RM70,000 dalam jualan. Sementara itu, untuk promosi minuman berkhasiat Kucate bersama Mama Neelofa, mereka berjaya mendapat jualan melebihi RM100,000.

@dato..red Live bersama mama neelofa @Noor Kartini Noor Mohamed petang tadi , terima kasih sahabat2 yg tak putus2 beri sokongan kepada saya, hanya Allah yy boleh membalas jasa semua , jualan tadi mencecah 100k , saya masih baru lagi dalam bidang ni harap dapat tunjuk ajar dari semua #datored #abgred #fyp #fypシ ♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Baca Lagi:
Sejarah baru buat negara, projek tanam bawang Malaysia berjaya hasilkan 2.3tan tuaian pertama
Pengasas KK Supermart mengadap Sultan Ibrahim di Istana Negara
Penting untuk semua, ketahui siapa yang kita boleh salam ketika hari raya
CATEGORIES