Pakar haiwan beri amaran, ini yang akan berlaku pada haiwan peliharaan ketika gerhana matahari berlaku

Pakar haiwan beri amaran, ini yang akan berlaku pada haiwan peliharaan ketika gerhana matahari berlaku

Pakar haiwan beri amaran, ini yang akan berlaku pada haiwan peliharaan ketika gerhana matahari berlaku. Seorang pakar haiwan dari Amerika Syarikat (AS) telah memberikan amaran mengenai perubahan tingkah laku haiwan peliharaan semasa berlakunya gerhana matahari minggu depan, dilaporkan oleh portal berita Daily Star semalam.

Gerhana penuh tersebut akan menyebabkan beberapa buah negeri di utara AS gelap untuk sesaat pada petang Isnin ini apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi.

Profesor Dr. Adam Hartstone-Rose, seorang pakar sains biologi dari Universiti Negeri Carolina Utara, menyatakan bahawa tingkah laku haiwan akan mengalami perubahan secara dramatik semasa fenomena ini, namun punca sebenarnya tidak diketahui.

Pakar haiwan beri amaran, ini yang akan berlaku pada haiwan peliharaan ketika gerhana matahari berlaku

Berucap kepada saluran berita CNN, Hartstone-Rose berkata: “Mungkin ia disebabkan oleh pelbagai perkara. Kami berharap bahawa pemilik haiwan akan memerhatikan tingkah laku peliharaan mereka di halaman rumah untuk melihat sama ada mereka berkelakuan ganjil semasa gerhana.”

Menurutnya, kebanyakan haiwan akan bertindak balas terhadap penurunan cahaya semasa gerhana dengan cara mengambil kesempatan untuk berehat dan tidur.

Bagaimanapun, katanya lagi, haiwan-haiwan nokturnal (aktif pada waktu malam) akan bangun dan aktif semasa berlakunya gerhana.

“Gerhana matahari sangat mengujakan,” katanya.

Baca Lagi:
Penting untuk semua, ketahui siapa yang kita boleh salam ketika hari raya
Suami bengang isteri pergi umrah tanpa izin, 10 malam terakhir suami pulun doa agar isteri tak selamat dunia, akhirat
Bendahari masjid ‘kedekut’, masjid dapat banyak sumbangan tapi tak setuju imam tarawih dibayar RM2,000 untuk 15 hari
CATEGORIES