Sejarah baru buat negara, projek tanam bawang Malaysia berjaya hasilkan 2.3tan tuaian pertama

Sejarah baru buat negara, projek tanam bawang Malaysia berjaya hasilkan 2.3tan tuaian pertama

Sejarah baru buat negara, projek tanam bawang Malaysia berjaya hasilkan 2.3tan tuaian pertama. Projek perintis penanaman bawang seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai berjaya memberikan hasil pengeluaran 2.3 tan tuaian pertama pada hari Rabu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, menyatakan bahawa tuaian yang bermula pada bulan Januari itu menggunakan varieti bawang merah BAW-1 dan melibatkan kawasan fasa 1 seluas 0.6 hektar.

Beliau menjelaskan bahawa pencapaian ini menandakan kejayaan projek perintis pengeluaran bawang tempatan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sejarah baru buat negara, projek tanam bawang Malaysia berjaya hasilkan 2.3tan tuaian pertama

“Hari ini kita telah menjadikan sejarah bagi negara dengan pengeluaran bawang yang sepenuhnya hasil dan kepunyaan Malaysia.
“Benih bawang ini dikeluarkan dan dihasilkan oleh MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan ditanam oleh Jabatan Pertanian. Hari ini kita dapat menyaksikan bahawa projek ini benar-benar berjaya,” katanya semasa majlis Tuaian Mega Projek Rintis Tanaman Bawang Kuala Bikam di sini pada hari Rabu.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi, dan Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman.

Arthur Joseph menyatakan bahawa kejayaan tuaian pertama tersebut membuka peluang untuk menjadikan Perak sebagai hub pengeluaran bawang dengan menambah keluasan tanaman yang telah ada.

Katanya, selain Sungkai, kementerian juga telah mengenal pasti kawasan baharu di daerah Kinta yang boleh dijadikan lokasi strategik penanaman bawang.

“Pagi tadi saya telah berjumpa dengan Menteri Besar Perak dan beliau sangat gembira apabila negeri ini telah mendahului negeri-negeri lain dalam projek tanaman bawang tempatan di Malaysia.

“Bagi penanaman di Sungkai, kita harap potensi hasil lebih besar sehingga 4 tan diperolehi menerusi tanaman fasa 2 dan 3 yang menggunakan varieti bawang merah BAW-2,” katanya.

Selain Perak, beliau berkata, kementerian telah mengenal pasti lima lagi negeri iaitu Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, dan Kelantan bagi melaksanakan projek mega tanaman bawang tempatan.

Ujarnya, langkah itu selari dengan sasaran kementerian untuk mencapai kadar sara diri bawang tempatan sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

“Untuk mencapai itu, kita memerlukan tanaman seluas lebih 1,400 hektar pada tahun 2030,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita terkejut duit mas kahwin RM505,271 dalam kotak bertukar jadi daun kering
Wanita ini tanya 8 soalan kepada ayah, sekali jawapan ayah buat ramai sebak
Kenapa orang Cina suka letak ‘patung kucing’ dalam kedai? Ini sejarahnya yang ramai tak tahu
CATEGORIES