Lelaki pandu Honda Civic maki jurutol sebab tak cukup baki, siap ‘sound’ sebab kau bodoh kau kerja tol!

Lelaki pandu Honda Civic maki jurutol sebab tak cukup baki, siap ‘sound’ sebab kau bodoh kau kerja tol!

Lelaki pandu Honda Civic maki jurutol sebab tak cukup baki, siap ‘sound’ sebab kau bodoh kau kerja tol!. Gara-gara terlekat kerana kekurangan baki dalam kad tambah nilai, seorang pemandu bertindak memaki-hamun jurutol bagi meluahkan kemarahannya.

Menerusi perkongsian video di laman X oleh seorang individu yang mengakui abang kepada jurutol berkenaan, kedengaran pemandu Honda Civic tersebut mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sebelum berlalu apabila palang tol dibuka.

“Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak kerja tol la,” demikian kata pemandu berkenaan.

Lelaki pandu Honda Civic maki jurutol sebab tak cukup baki, siap 'sound' sebab kau bodoh kau kerja tol!

Bagaimanapun jurutol yang juga adik individu berkenaan hanya membalas makian tersebut dengan nada suara yang tenang.

Menurut individu berkenaan, daripada penceritaan adiknya, kejadian yang berlaku di Tol Segambut, di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berpunca apabila baki nilai Touch ‘n Go (TnG) pemandu tersebut kurang dalam anggaran RM1.50 menyebabkannya tidak dapat melepasi tol.
Ujar adiknya, pemandu tersebut kemudian memberikan wang tunai sebelum ditolak kerana pembayaran hanya diterima melalui kad debit atau Touch n’ Go sahaja.

Individu tersebut turut memuat naik klip audio adiknya yang menceritakan semula kejadian berkenaan.

“Tanya dia ada kad kredit tak, dia kata rosak. Minta dia cuba dulu, masuk lorong tiga. Dia belum sampai dekat lorong tiga lagi, dia berhenti lama dan beri double signal.

“Dia datang balik lorong satu, dia nak bagi cash. Dia kata kad bank rosak, kad pengenalan tak bawa. Aku okaylah, masa nak ambil cash tu, dia maki aku.

“Aku tak jawab. Dia cakap kau buat kerja apa, makan gaji buta. Dia cakap aku bodohlah… bila keluarkan telefon nak rakam, barulah dia slow sikit. Sebelum tu lama dah dia maki,” demikian cerita jurutol berkenaan, sebagaimana klip audio yang dikongsikan di laman X.

Sehingga kini hantaran individu berkenaan telah meraih 3,600 ulang kicau.

Hantaran tersebut turut menarik perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta jurutol terlibat segera tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Salam sejahtera. Mangsa diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membuat laporan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Terima kasih,” demikian ciapan akaun rasmi @PDRMsia pada ruangan komen.

Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa geram dan mengecam pemandu berkenaan selain menggesa tindakan tegas diambil terhadapnya sebagai pengajaran.

“Sabar ya dik. Betullah money can’t buy class. Tak kiralah kaya ke tak, even orang tu berduit sikit pun, masih tidak dapat membeli kelas.

“Ayah sapa ni. Anak-anak tolong nasihat sikit ayah kamu ni.

“Aku kerja tol selalu dah kena gini. Baik sangat adik abang ni. Kalau aku dah angkat palang, aku set semula jatuhkan palang atas kereta dia balik biar puas hati aku,” komen netizen.

Baca Lagi:
Jurutera berusia 35 tahun dedah selesa pakai lampin bayi, dah 6 tahun kahwin tapi isteri tak pernah tahu
Ibu mentua baik hati, sanggup upah kren angkut menantu baru bersalin naik tingkat 7
Dah tak ada WhatsApp di iPhone lepas ini?, China arahkan Apple keluarkan apps WhatsApp dan Threads daripada App Store
CATEGORIES