Plastik sampah hitam bergerak, rupanya penjenayah sedang buat kerja

Plastik sampah hitam bergerak, rupanya penjenayah sedang buat kerja

Plastik sampah hitam bergerak, rupanya penjenayah sedang buat kerja. Pelbagai idea licik yang boleh digunakan oleh penjenayah untuk mencapai niat mereka.

Itulah yang terjadi apabila seseorang yang tidak dikenali sanggup menyamar sebagai beg sampah untuk mencuri bungkusan mel yang ditinggalkan di depan pintu masuk sebuah kediaman.

Kejadian itu berlaku di luar rumah Omar Gabriel Munoz, di Sacramento County, negeri California, Amerika Syarikat pada 29 Mac yang lalu.

Plastik sampah hitam bergerak, rupanya penjenayah sedang buat kerja

Rakaman kamera pintu Munoz menunjukkan pelaku membongkok di bawah beg sampah sebelum menghampiri pintu depan dan mencuri bungkusan kurier.
Satu-satunya bahagian badan pelaku yang terlihat ialah kakinya yang memakai sandal putih, sementara bahagian lainnya ditutupi dengan plastik sampah.

Menurut Munoz, bungkusan kurier tersebut mengandungi dua pengecas iPhone yang dipesan secara atas talian dan bernilai AS$10 (RM47.24).

“Awalnya, saya agak marah tetapi setelah saya menonton semula rakaman video itu, saya hanya boleh ketawa kerana pelaku begitu kreatif,” ujar Munoz.

Beliau tidak membuat laporan polis berkenaan dengan kecurian itu kerana berpendapat bahawa pihak berkuasa mungkin mempunyai isu yang lebih penting untuk diselesaikan.

Baca Lagi:
Wanita serahkan semua harta RM25.7 juta kepada penjaga sebelum meninggal dunia, 10 anak saudara kempunan nama digugurkan
Lelaki beli baju Melayu Bulan Bintang menang hadiah kereta GTR
“Teropong anak bulan keluar bulan Pas ke?”- Umat Islam di Yogyakarta dah sambut raya Aidilfitri hari ini
CATEGORIES