Perompak larikan duit RM142.16 juta dalam bilik kebal tanpa tinggal sebarang bukti

Perompak larikan duit RM142.16 juta dalam bilik kebal tanpa tinggal sebarang bukti

Perompak larikan duit RM142.16 juta dalam bilik kebal tanpa tinggal sebarang bukti. Dalam sebuah rompakan yang setanding dengan adegan filem Ocean’s Eleven, sebuah kumpulan pencuri telah berjaya melarikan wang tunai sebanyak AS$30 juta (RM142.16 juta) dari sebuah bilik kebal tanpa meninggalkan sebarang bukti, dilaporkan oleh portal berita The Sun semalam.

Pihak polis masih kebingungan tentang bagaimana bilik kebal itu dikosongkan pada malam Ahad yang lalu. Kes ini merupakan salah satu daripada rompakan wang tunai terbesar dalam sejarah bandar raya Los Angeles.

Rompakan berlaku di sebuah stor simpanan wang GardaWorld yang dilengkapi dengan sistem penggera keselamatan canggih di pinggir kejiranan Sylmar, Los Angeles.

Perompak larikan duit RM142.16 juta dalam bilik kebal tanpa tinggal sebarang bukti

Dalam operasi melarikan wang tersebut yang dilakukan secara profesional, tidak terdapat sebarang tanda-tanda bahawa bilik kebal itu telah dirompak.

Pemilik fasiliti itu hanya menyedari kehilangan wang apabila bilik kebal tersebut dibuka pada Isnin yang lalu.

Menambah misteri lagi, hanya beberapa individu yang mengetahui tentang jumlah wang tunai yang besar disimpan di dalam bilik kebal tersebut, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Los Angeles Times.

Sumber siasatan memberitahu bahawa kumpulan pencuri itu telah menyelinap masuk melalui bumbung bilik kebal sebelum melarikan wang tersebut.

Baca Lagi:
Lelaki beli baju Melayu Bulan Bintang menang hadiah kereta GTR
“Teropong anak bulan keluar bulan Pas ke?”- Umat Islam di Yogyakarta dah sambut raya Aidilfitri hari ini
Ramai yang tak tahu, rupanya lagu raya ‘legend’ ini dinyanyikan oleh adik beradik India
CATEGORIES