Peniaga Nasi Kukus Ayam Dara Berempah mahu pulangkan balik duit pelanggan beli makanan busuk, nekad tutup kedai akui kesilapan

Peniaga Nasi Kukus Ayam Dara Berempah mahu pulangkan balik duit pelanggan beli makanan busuk, nekad tutup kedai akui kesilapan

Peniaga Nasi Kukus Ayam Dara Berempah mahu pulangkan balik duit pelanggan beli makanan busuk, nekad tutup kedai akui kesilapan. Seorang peniaga di gerai Nasi Kukus Ayam Dara Berempah berhasrat memulangkan semula wang pembelian pelanggannya semalam dan meminta mereka yang terkesan dengan ketulan daging ayam berbau mengunjungi gerainya di Bazar Ramadan Bagan Serai hari ini

Peniaga tersebut, Norehan Mohamad, 34, berkata, dia mengambil keputusan untuk menghentikan penjualan nasi kukus semalam, apabila menyedari ada ketulan ayam yang sedang digoreng mengeluarkan bau masam.

“Saya menyedari perkara itu apabila beberapa ketulan ayam yang sedang digoreng di dalam kuali mengeluarkan bau, lalu suami segera memberitahu untuk menutup gerai serta-merta.
“Kami tidak mahu ada pelanggan yang terbeli masakan rosak dan kami sama sekali tidak mahu menganiaya pelanggan-pelanggan. Biar saya tanggung rugi asalkan tidak menganiaya mereka,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Peniaga Nasi Kukus Ayam Dara Berempah mahu pulangkan balik duit pelanggan beli makanan busuk, nekad tutup kedai akui kesilapan

Menurutnya, semasa menggoreng ayam sebanyak 20 ketul pada sesi pertama, tidak ada apa-apa yang berlaku daripada segi perubahan aroma namun berbeza pada gorengan kali kedua.

“Pada masa itu, kira-kira dua 20 ketul ayam sesi pertama telah habis dijual. Jadi saya amat khuatir sekiranya terdapat ketulan ayam yang telah rosak dibeli oleh pelanggan semalam dan saya mengambil keputusan melakukan hebahan melalui seorang pengendali media sosial bagi membantu agar semua pelanggan semalam segera kembali ke gerai niaga hari ini,” katanya.

Kata Norehan, ini merupakan kali pertama perkara tersebut terjadi selama tempoh enam tahun dia berniaga dan ia berlaku di luar dugaan.

Baca Lagi:
Kerana ikan buntal, isteri maut suami masuk ICU
Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu
Ibu Shuib bersuara selepas bakal menantunya Watie berpakaian ‘pelapik meja makan’ tular
CATEGORIES