Pekerjaan yang orang kurang minat tapi lelaki ini berjaya raih pendapatan RM142,000 sebulan

Photo of author

By Joe

Pekerjaan yang orang kurang minat tapi lelaki ini berjaya raih pendapatan RM142,000 sebulan. Sejak beberapa dekad yang lalu, terdapat perubahan menarik dalam pandangan masyarakat Korea Selatan tentang kerja, terutamanya dalam industri pembersihan.

Dahulu aktiviti membasuh daki dianggap biasa, malah dihargai, tetapi kini semakin kurang orang yang berminat untuk terlibat dengan pekerjaan ini.

Fenomena ini mewujudkan ketidakseimbangan antara permintaan dan bekalan untuk kerja membasuh daki.

Pekerjaan yang orang kurang minat tapi lelaki ini berjaya raih pendapatan RM142,000 sebulan

Kim Sang Seob, seorang tukang cuci daki dari Korea Selatan, telah menjadi perintis dalam industri ini sejak 1989.

Dia bukan hanya melihat pekerjaannya sebagai kerja membersihkan badan, tetapi sebagai seni.

Pendekatan uniknya terhadap kerjanya telah menjadikannya sebagai ‘Master of Scrubbing’ dan popularitinya terus berkembang.

Tradisi penjagaan kulit Korea Selatan, yang sering dilakukan di spa atau institusi khas, telah menyebabkan penurunan dalam permintaan melibatkan pekerjaan ini.

Bagaimanapun, Kim telah memanfaatkan peluang ini untuk mencipta perniagaan untuk dirinya sendiri.

Menurut Koreaboo, daripada pendapatan awal AS$ 3,000 sebulan pada usia 20 tahun, Kim kini menerajui syarikat yang mempunyai lapan tukang cuci daki, dengan potensi keuntungan sehingga AS$ 30,000 sebulan.

Sementara itu, reaksi orang ramai terhadap perniagaan Kim adalah positif, dengan ramai anak muda berminat untuk mengikuti jejaknya selepas melihat kejayaannya.

Baca Lagi:
Yusof Haslam dedah isteri pernah ‘lari rumah’ sebulan kerana dituduh curang
Ramai yang pandang rendah kerja mesin rumput, rupanya boleh dapat RM6,000 sebulan
Lelaki reka cerita pergi beraya rumah keluarga kekasih pengamal ajaran sesat