Kerana ikan buntal, isteri maut suami masuk ICU

Kerana ikan buntal, isteri maut suami masuk ICU

Kerana ikan buntal, isteri maut suami masuk ICU. Seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal.

Ikan buntal itu dibeli menerusi laman Facebook dari pembekal di Batu Pahat yang mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata mangsa yang mengalami gejala sesak nafas dan menggigil, pada jam 5 petang Jumaat kemudian disahkan maut dua jam kemudian.

Kerana ikan buntal, isteri maut suami masuk ICU

Beliau berkata, suami mangsa turut mengalami gejala sama kira-kira sejam selepas isterinya mendapat gejala berkenaan.

“Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengambil maklum satu pelaporan keracunan makanan yang menyebabkan satu kematian di Daerah Kluang.

“Ia membabitkan sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pratempahan melalui aplikasi Facebook.

“Bekalan diterima pada pagi 25 Mac 2023, dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging khinzir.

“Kedua-dua pasangan itu telah dibawa oleh anak mereka yang tinggal berasingan ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada jam 5 petang,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, difahamkan ini adalah kali pertama pasangan berkenaan makan masakan berasaskan ikan buntal.

Katanya, siasatan lanjut mendapati ikan berkenaan diperolehi dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat.

“Penjual yang mengedarkan ikan buntal ini juga berasal dari Batu Pahat, membuat edaran kepada pelanggan berdasarkan tempahan yang dibuat melalui aplikasi Facebook.

“Sebanyak 15 kilogram ikan buntal telah dijual di sekitar Chamek iaitu empat pelanggan, Paloh (4 Pelanggan) dan Yong Peng (1 Pelanggan) pada hari tersebut.

“Selain dari pasangan terbabit, semua pelanggan lain masih belum memakan ikan buntal yang dibeli,” katanya.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Batu Pahat telah mengambil sampel ikan itu dari pelanggan yang dibeli dari penjual berkaitan.

“Sampel ini telah dihantar ke makmal untuk tujuan analisa.

“Sehingga kini tiada lagi pelaporan baru berkaitan dengan ikan buntal,” katanya.

Beliau berkata, mengingatkan agar orang ramai sentiasa berhati-hati di dalam memilih makanan terutama jika ianya mempunyai risiko yang telah diketahui.

“Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan terus memantau dan memastikan keselamatan makanan,” katanya.

Baca Lagi:
Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu
Wanita terkejut balik dari bazar Ramadhan terima mesej puji payudara dari lelaki misteri
Ibu Shuib bersuara selepas bakal menantunya Watie berpakaian ‘pelapik meja makan’ tular
CATEGORIES