Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu

Photo of author

By Joe

Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu. Tak kiralah kalau anda beli mi segera apa pun di Malaysia ni sama ada Indo Me ke, Mamee Express ke, Samyang ke ataupun ramen, orang Malaysia gemar menggunakan satu perkataan yang sama iaitu Maggi.

Perh, penat-penat orang tu buat nama dalam jenama mereka maggi juga dapat nama? šŸ˜‚ Yup begitulah Malaysia.

Mi segera daripada Maggi telah berjaya menanam pemikiran di Malaysia bahawa apapun mi segera di luar sana semuanya itu maggi. Sampaikan ada orang Malaysia menganggap bahawa Maggi ini sebenarnya berasal daripada Malaysia.

Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu

Realitinya tidak. Maggi ini sebenarnya diambil sempena nama penggasas kepada maggi itu sendiri bernama Julius Maggi berasal dari Switzerland. Tujuan asal penciptaan Maggi adalah untuk menghasilkan makanan enak, berkhasiat dan mudah disediakan dengan pantas untuk golongan pekerja. Hal ini kerana pada ketika itu, golongan wanita tidak sempat menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga disebabkan komitmen kerja.

Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu
Gambar pengasas kepada jenama Maggi iaitu Julius Maggi Bersama produknya.

Jadi mengambil cadangan daripada rakannya Dr Fridolin Schuder, beliau telah menghasilkan sejenis tepung daripada kacang.

Pada tahun 1885 beliau mula menjual sup segera dan mencipta penambah perasa seperti sos dan perisa yang lain pada tahun-tahun berikutnya.

Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu
Gambar produk pertama yang dihasilkan oleh Julius Maggi atas jenama beliau iaitu Maggi pada tahun 1886.

Jenama ini berkembang ke rantau eropah dan akhirnya pada tahun 1947, syarikat Induk Maggi telah bergabung dengan Nestle.

Di Malaysia, produk awal yang diperkenalkan melalui jenama maggi ialah sos tomato dan sos cili pada tahun 1969.

Selang 2 tahun kemudian barulah mi segera berperisa kari diperkenalkan. Dengan menggunakan tagline ā€œdua minitā€ ketika itu, mi segera berperisa kari maggi ketika itu menjadi satu fenomena buat rakyat Malaysia.

Maggi bukan berasal dari Malaysia, ini asal usul sejarah Maggi yang ramai tak tahu
Antara produk-produk Maggi yang berada di pasaran Malaysia.

Kini, produk maggi terus mengalami perubahan dan berevolusi dengan pengenalan beberapa produk tambahan untuk menambat hati penggunanya.

Walaupun Maggi terus berevolusi bukan sahaja pada produk mi segera sahaja tapi rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan istilah maggi bagi merujuk kepada mi segera.

Baca Lagi:
Penduduk berang kamera lampu isyarat ā€˜cekik darahā€™, akhirnya ini yang terjadi
Ibu Shuib bersuara selepas bakal menantunya Watie berpakaian ā€˜pelapik meja makanā€™ tular
Zakir Naik dijangka akan kembali menetap di Malaysia