Pakcik tua mimpi pelik malam raya, nampak perkampungan di bulan

Pakcik tua mimpi pelik malam raya, nampak perkampungan di bulan

Pakcik tua mimpi pelik malam raya, nampak perkampungan di bulan. Tidak dinafikan, setiap detik hari lebaran semestinya amat dinanti-nantikan bagi mereka yang menyambut. Mana tidaknya, selepas berpuasa sebulan, kini tiba masanya untuk menyambut Hari Raya dengan gembira bersama insan-insan tersayang.

Jika nak bercerita mengenai kenangan Hari Raya, memang banyak. Walaupun mungkin dugaan yang dihadapi oleh setiap individu berbeza, namun momen-momen Hari Raya pastinya manis.

Tetapi, di sebalik keseronokan ramai orang yang sudah bersedia untuk menyambut raya, ada juga segelintir insan yang memberi tumpuan kepada perkara lain pada hari lebaran yang semakin mendekat.

Pakcik tua mimpi pelik malam raya, nampak perkampungan di bulan

Situasi tersebut dialami oleh seorang warga kampung kecil bernama Pak Ahmad yang sentiasa mencari anak bulan hampir setiap malam dari awal puasa sehingga menjelang Raya. Pak Ahmad adalah seorang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk mencari anak bulan.
Dia sangat bersemangat untuk melihat anak bulan dengan lebih dekat, hingga sanggup melakukan pelbagai cara termasuk menjadi seorang ‘angkasawan’. Pada malam Raya itu, cara tersebut yang dilakukannya gagal dan Pak Ahmad terjatuh ke tanah dan hilang sedar.

Sehingga pada satu tahap, dia bermimpi tentang sebuah perkampungan di bulan! Ingin tahu apa yang berlaku selepas itu? Jom tonton filem pendek ‘Rindu-rinduan Anak Bulan’ oleh syarikat IJM Land yang membawa keunikan tersendiri sempena Hari Lebaran ini.

Filem Pendek IJM Land, Bawa Mesej Penuh Makna

Kembali kepada filem pendek yang dihasilkan, ‘Rindu-rinduan Anak Bulan’ dari IJM Land boleh dikatakan membawa satu mesej yang sangat bermakna di mana rasa rindu terhadap insan yang kita sayang memang ada lebih-lebih lagi jika insan itu berada jauh dari kita.

Apa yang dapat disimpulkan melalui filem pendek ini, Pak Ahmad sebenarnya merindui anak lelakinya yang berada jauh darinya. Oleh kerana rindu yang terlalu, beliau amat menantikan kepulangan anaknya itu.

Filem pendek ini diakhiri dengan kehadiran seorang pemuda di depan rumah Pak Ahmad yang kelihatan baru tiba dari tempat yang jauh. Di sini, kita boleh menganggarkan siapakah pemuda tersebut. Terpulang kepada kita untuk membuat interpretasi mengenai apa yang akan terjadi selepas itu.

Sebagai penutup, jadikanlah Hari Lebaran ini sebagai hari yang terbaik buat kita semua bersama keluarga. Semoga ia memberi seribu satu kenangan buat seluruh ahli keluarga yang kita sayangi.

Setelah menonton filem pendek ‘Rindu-rinduan Anak Bulan’ ini, mulai terasa rindu dengan insan yang kita sayangi. Untuk meluahkan rasa rindu ini, apa kata kita sama-sama bantu ‘share’ filem pendek tersebut di akaun media sosial masing-masing di Instagram dan Facebook.

Hari Raya bukan hanya tentang sambutan semata-mata, tetapi juga tentang cara kita menyuarakan rasa rindu dan sayang dengan meluangkan momen-momen indah bersama insan-insan tersayang.

Baca Lagi:
7 petanda awal kotak gearbox kereta akan rosak
“183 hari yang panjang”- Nadir Al- Nuri dedah PMX jadi watak utama ‘misi gila’ bawa pulang keluarganya dari Gaza
Van perniagaan Syura hilang semasa raya ketiga, Lan Solo pun terlibat sekali
CATEGORIES