7 petanda awal kotak gearbox kereta akan rosak

7 petanda awal kotak gearbox kereta akan rosak

7 petanda awal kotak gearbox kereta akan rosak. Sebagai pemilik kereta, anda pasti tahu bahawa salah satu perkara yang boleh menyebabkan tekanan mental adalah apabila kotak gear rosak!

Ini adalah sesuatu yang sudah biasa diketahui oleh pemilik kereta seperti anda, jika kotak gear mengalami kerosakan, anda perlu bersedia dengan kos yang agak besar untuk membaiki kereta.

Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda seharusnya sentiasa menjalankan servis kereta mengikut jadual yang ditetapkan.

7 petanda awal kotak gearbox kereta akan rosak

Pastikan juga bahawa keadaan kenderaan, terutamanya bahagian dalaman enjin, sentiasa mendapat perhatian yang mencukupi. Jadi, bagaimana untuk mengesan tanda-tanda awal jika kotak gear mulai rosak?

Bagi pengguna kereta, ini adalah beberapa petunjuk yang anda boleh perhatikan.

1. Berdepan kesukaran untuk ‘masuk’ gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.

2. Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.

3. Berlakunya ‘freeplay’ iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.

4. Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.

5. Bacaan RPM naik jadi jadi tinggi dan tak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.

6. Terdapat bunyi hentakan kuat berbunyi ‘dukk‘ setiap kali gear auto bertukar.

7. Keadaan gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Jika anda mengesan perkara-perkara tersebut berlaku, ini menandakan bahawa gearbox anda sedang menunjukkan tanda-tanda awal kerosakan. Jangan biarkan ia berlarutan kerana ia boleh menjadi lebih teruk.

Bagaimana anda boleh mengelakkan perkara-perkara ini daripada berlaku kepada kotak gear kereta anda? Anda boleh mengikuti tip-tip servis di bawah:

Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter

1. Tukar minyak auto

2. Tukar mounting gearbox

3. Tukar pin pada panel gear

4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Bagi anda yang menggunakan kereta manual pila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.

Baca Lagi:
“Netizen je lebih-lebih”- Marissa Dania akhirnya kongsi gambar ‘selfie’ dengan madunya Umisya Mazlan
Ahli Pemuda Pas dikecam lepas ‘kantoi’ follow akaun seks ‘OnlyFans’ di Twitter, ini penjelasannya..
Ini sebab kenapa ramai bantah halalkan ganja
CATEGORIES