Lelaki hidap HIV solat taubat selama 2 tahun, lepas sihat lain pula yang jadi, makin rancak cari pasangan di aplikasi ‘seks songsang’

Lelaki hidap HIV solat taubat selama 2 tahun, lepas sihat lain pula yang jadi, makin rancak cari pasangan di aplikasi ‘seks songsang’

Lelaki hidap HIV solat taubat selama 2 tahun, lepas sihat lain pula yang jadi, makin rancak cari pasangan di aplikasi ‘seks songsang’. Pengamal seks bebas dan songsang merupakan individu yang berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan AIDS.

Di platform X, seorang pemuda menarik perhatian selepas dia berkongsi kisah tentang seorang rakannya yang sangat ingin berubah selepas dijangkiti HIV.

Namun, apa yang menyedihkan, dia mengatakan bahawa rakannya itu kembali kepada perilaku terkutuk selepas keadaan kesihatannya semakin membaik.

Lelaki hidap HIV solat taubat selama 2 tahun, lepas sihat lain pula yang jadi, makin rancak cari pasangan di aplikasi 'seks songsang'

Dakwanya lagi, dia mengetahui rakannya itu kembali aktif di sebuah aplikasi rangkaian sosial popular untuk golongan gay.

“Dua tahun yang lalu, kau menangis-nangis, mengadu padaku yang kau kena HIV. Aku yang temankan kau ke hospital.
“Setiap hari aku mengingatkan kau untuk makan ubat. Setiap malam, kau melakukan solat taubat dan berjanji untuk berubah.
“Sekarang bila dah Undetectable Viral Loads (UVL), kau aktif balik kat aplikasi tu. Lupa dah janji-janji kau dengan aku,” dedah pemuda itu.

Selepas perkongsian itu dibuat di laman X, beberapa individu lain turut berkongsi kisah hampir sama yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan mereka.

“Samalah macam kawan aku, dia juga ada HIV. Lepas tu, dia sakit teruk berbulan-bulan. Tapi dia insaf sekejap.”

“Sekarang dah okey, dia makin menjadi-jadi, paling ligat di aplikasi tu. Nasihat dah macam-macam, marah pun dah… dia buat tak tahu je,” ujar seorang pelayar X.

Seorang lagi individu mendedahkan dia berdepan situasi sama apabila rakan serumahnya yang menghidap HIV tidak serik untuk melakukan aktiviti seks songsang.

“Cerita kita sama. Rakan serumah aku kena HIV. Ulang-alik teman dia ke Hospital Sungai Buloh. Ada enam bulan je insaf.

“Lepas tu seminggu, tiga ke empat orang dia bawa balik. Sampai budak sekolah pun ada. Sudahnya aku dengan seorang lagi penyewa suruh dia keluar je,” cerita individu itu pula.

Dalam pada itu, netizen berkata apa yang berlaku merupakan lumrah manusia di mana iman seseorang itu sentiasa naik turun, malah hati mereka juga sering berbolak-balik.

“Sedih untuk melihat kadang-kala komuniti kita sendiri menyebarkan stigma secara tidak langsung kepada kami. Rasanya semua manusia sama. Iman tu naik turun. Lebih baik doakan atau beri nasihat secara terus.

“Fitrah hati manusia adalah sentiasa berbolak-balik dan berubah-ubah. Terdapat juga perumpamaan yang menyamakan hati manusia berbolak-balik lebih pantas daripada air yang mendidih dalam sebuah periuk.

“Iman boleh naik turun. Doakan yang terbaik,” tulis beberapa individu lagi.

Baca Lagi:
7 petanda awal kotak gearbox kereta akan rosak
“183 hari yang panjang”- Nadir Al- Nuri dedah PMX jadi watak utama ‘misi gila’ bawa pulang keluarganya dari Gaza
Rumah Timbalan Menteri terbakar, tiada satu barang dapat diselamatkan
CATEGORIES