Van perniagaan Syura hilang semasa raya ketiga, Lan Solo pun terlibat sekali

Van perniagaan Syura hilang semasa raya ketiga, Lan Solo pun terlibat sekali

Van perniagaan Syura hilang semasa raya ketiga, Lan Solo pun terlibat sekali. Penyanyi Syura Badron tidak putus asa dalam usahanya mencari van jenama Foton berwarna putih miliknya yang hilang dan disyaki telah dicuri di Flat S Balau, Taman Rinting Pasir Gudang, Johor sejak 12 April yang lalu.

Syura, atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, yang berusia 38 tahun, sedar kehilangan van berdaftar BRC 185 semasa meminta pekerjanya membawa kenderaan tersebut ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Syura, beliau terpaksa menanggung kerugian hampir RM130,000 yang melibatkan van serta barang dagangannya.

Van perniagaan Syura hilang semasa raya ketiga, Lan Solo pun terlibat sekali

“Saya meletakkan van tersebut di tempat yang sepatutnya. Sepanjang bulan puasa, saya dan suami berniaga di bazar Ramadan di Johor.
“Jadi, van dan segala peralatan barang dagangan itu diletakkan di Johor dahulu, dan memang saya meletakkannya di kawasan parkir berhampiran rumah.
“Pada hari raya, kami meninggalkan van tersebut seperti biasa… kali terakhir saya melihat van itu pada malam hari raya kedua.
“Pada satu atau dua pagi selepas itu, van masih ada. Tetapi, ketika hari raya ketiga tiba, saya meminta staf untuk membawa van kembali ke Kuala Lumpur, tetapi ia sudah tiada,” katanya.

Tambah Syura, laporan polis sudah dibuat bagi membantu pencarian van tersebut selain berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat mengenainya.

Malah sehingga kini dia masih menanti sebarang kemas kini daripada pihak berkuasa.

“Kami sudah hubungi bank dan pihak majlis bagi mendapatkan kepastian… manalah tahu kalau van saya kena tarik ke apa tapi tak ada dalam sistem.

“Jadi kami buat keputusan untuk laporkan pada polis dan kini siasatan sedang dijalankan. Kami pun minta tolong kenalan terdekat untuk bantu sama-sama cari van yang hilang.

Kami tidak hanya kehilangan van, tetapi juga semua peralatan perniagaan… semuanya terdapat dalam van. Itulah sebabnya saya sangat kasihan terhadap suami saya.

“Untuk berniaga, kita tidak memiliki segalanya… kita kumpulkan sedikit demi sedikit. Apabila semua ini tiada, kami perlu bermula semula dari bawah,” katanya.

Sementara itu, Syura juga menyatakan bahawa van tersebut dibeli daripada rakan karibnya, penyanyi Lan Solo.

Beliau menjelaskan bahawa Lan juga terlibat dalam urusan tersebut kerana van masih belum menukar pemilik.

Sebenarnya, van itu saya sewa beli dengan Lan Solo, tetapi kami belum menukar nama lagi. Secara tidak langsung, dia juga terlibat kerana masih atas nama dia.

“Saya tidak terfikir ada orang yang cuba sabotaj, saya melihat ini sebagai ujian sahaja.

“Saya juga berharap tidak ada orang terdekat yang terlibat,” katanya.

Baca Lagi:
Syed Saddiq muat naik gambar bersama Bella Astillah, sekali ini komen netizen
Macam dapat emas, lelaki ini bagi daging dendeng Khairul Aming sebagai ganti duit raya
Pekerja asing dedah rahsia ‘beku’ gaji RM5,200 sebulan kerja di Malaysia, simpanan hampir sejuta ada
CATEGORIES