Anak perempuan ketua polis daerah maut tertembak diri sendiri guna pistol milik bapa. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kes seorang anak perempuan seorang ketua polis daerah yang didakwa mati akibat ditembak diri sendiri di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.
“Kami mengesahkan kejadian tersebut, sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini. Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.
Difahami bahawa remaja berusia 14 tahun itu mati apabila secara tidak sengaja tertembak dengan pistol milik bapanya di rumah mereka di Lahad Datu, Sabah.
Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumah pada kira-kira pukul 12.42 tengah hari.
Pistol miliknya dikatakan tertinggal di rumah, dan mangsa dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja menembak dirinya sendiri.
Difahami bahawa semasa kejadian, bapa mangsa sedang bertugas di pejabatnya.
Jenazah kini telah dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk disiasat lebih lanjut.