Lelaki terkejut makan lemang dah nak habis sebatang hujung-hujung jumpa katak

Lelaki terkejut makan lemang dah nak habis sebatang hujung-hujung jumpa katak

Lelaki terkejut makan lemang dah nak habis sebatang hujung-hujung jumpa katak. Seorang lelaki terkejut apabila menemui seekor katak di dalam sebatang lemang yang baru-baru ini dibelinya.

Melalui perkongsian di Facebook oleh Ori San, biasanya dia membeli lemang tersebut dari sebuah gerai. Namun, tahun ini kurang bernasib baik apabila dia menjumpai katak di dalam lemang tersebut.

“Allahuakbar.. MashaAllah, selalu mendengar cerita orang makan lemang katak tapi akhirnya saya terkena juga. Dah makan hampir habis, tiba-tiba jumpa katak,” katanya.

Lelaki terkejut makan lemang dah nak habis sebatang hujung-hujung jumpa katak

Lelaki tersebut kemudian memberi nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati apabila membeli juadah tersebut.

“Minta maaf kepada tuan kedai atas perkongsian ini, cuma nak pesan, tolong berhati-hati bakar lemang selepas ini. Saya halalkan. Terima kasih,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati kebanyakan pengguna menasihati peniaga lemang untuk memastikan buluh benar-benar bersih sebelum membuat lemang.

“Mungkin katak tersebut masuk sebelum beras dimasukkan. Orang yang membuat tidak membersihkan buluh kembali sebelum memasukkan beras. Kalau saya, saya tidak akan makan lagi,” kata Fitri.

“Mungkin buluh telah dibersihkan atau dimasukkan daun pisang, yang pentingnya tidak ‘double check’ dalam buluh ketika memasukkan beras pulut,” kata Rashidi.

“Jimat duit, tidak perlu beli lauk. Selalunya beli lemang harus dibeli rendang, ini sudah ada daging segar-segar dalam itu,” gurau Ayu.

“Sebab itulah sebelum makan perlu memotong lemang sehingga ke hujung. Jika ada katak atau haiwan lain, kita akan sedar,” kata Khamisah.

Baca Lagi:
Ini yang akan terjadi jika guna air paip ganti air ‘coolant’ untuk radiator kereta
“Menantu balik nak bilik ada aircond dan kipas, tapi berkira nak bayar bil elektrik, aku terpaksa halau anak menantu dan cucu keluar”
Wanita disyaki ‘merajuk’ berdiri di tengah lebuhraya, rider motosikal besar maut rempuh Triton 4×4
CATEGORIES