Orang lain sibuk berhari raya, tapi ‘Mak Wan’ sambut raya dengan cara lain

Orang lain sibuk berhari raya, tapi ‘Mak Wan’ sambut raya dengan cara lain

Orang lain sibuk berhari raya, tapi ‘Mak Wan’ sambut raya dengan cara lain. Raya bersama orang tersayang sering membawa maksud meraikan Aidil fitri bersama ahli keluarga dan sanak saudara.

Namun lain bagi Wan Kamariah Daud, 71. Beliau meraikan 1 Syawal dengan gelandangan di Chow Kit – termasuk yang sakit berkudis dan menghidap HIV atau terbiar oleh ahli keluarga.

Untuk aktivis warga emas ini, merekalah ‘orang tersayang’ untuk bersama meraikan Aidilfitri pertama.

Orang lain sibuk berhari raya, tapi 'Mak Wan' sambut raya dengan cara lain

“Mak Wan lebih suka beraya di sini. Pagi raya masak di rumah, saya ajak mereka makan,” katanya kepada FMT. Menu tahun ini barangkali nasi dagang, tambahnya.

Sejak lebih 15 tahun lalu, Kamariah menyantuni gelandangan. Sekarang beliau bergiat dengan Warung Makan Sahabat, sebuah pusat komuniti untuk gelandangan yang diwujudkan oleh Yayasan Amal Malaysia pada 2020.

Beraya dengan gelandangan perkara lazim dalam hidup Kamariah, yang hidup sebagai gelandangan selepas pemenjaraan suaminya. Wanita ini, yang membesar dalam keluarga angkat dikahwinkan dengan lelaki pilihan mereka pada usia sekecil 11 tahun, lalu dibawa ke Kuala Lumpur.

Kamariah bergelut untuk hidup selepas lelaki itu ditahan kerana mengedar dadah, dua bulan selepas beliau menjejak kaki di ibu kota, lalu dihukum gantung sampai mati.

“Sudah 40 tahun lebih raya dengan gelandangan. Kalau tak raya dengan gelandangan, raya dekat penjara atau pusat pemulihan,” tambahnya.

Sambil memberi makan, Kamariah akan membantu gelandangan mengambil ubat yang doktor berikan atau mencari mereka untuk menyapu ubat pada kudis, lagi-lagi mereka yang menyuntik bahan terlarang dalam tubuh.

“Mak Wan sapu ubat pada kudis…ada yang bernanah di bahagian suntikan. Kadang-kala bantu mandikan mereka kerana kasihan tengok terlantar dengan najis yang tidak dibasuh,” katanya.

Kamariah juga membawa mereka ke hospital. Kebanyakan yang dibantu menghidap HIV, hepatitis C (jangkitan hati), atau tuberkulosis (batuk kering).

“Mereka ini susah nak makan ubat sebab bagi alasan tidak sakit. Tetapi kalau sakit mereka datang ke rumah saya walau 3 atau 4 pagi dan minta ubat.”

Beliau melakukannya hampir setiap hari, didorong oleh pengalaman hitam peribadi. Kamariah pernah berada di situasi hampir sama, suatu ketika dulu ketika terjebak dengan penagihan dadah, mengalas perut dangan sisa makanan orang lain.

Oleh itu, beliau amat faham apabila orang yang ingin dibantu memandangnya dengan curiga, hinggakan pernah diludah atau dibaling batu.

“Kita terpaksa terima sebab kita berhadapan dengan komuniti sebegini. Ada orang tak waras, orang tertekan. Kadang-kadang kita cakap baik-baik dia baling batu dekat kita, tapi itu semua tak jadi penghalang,” katanya.

Di Warung Makan Sahabat, Kamariah dibantu oleh Harun Abu Bakar, Maryam Salwany, dan Muhamad Syafiq Husni Zain mengagihkan lebih 300 pek makanan setiap hari. Pusat itu juga menyediakan bantuan kaunseling dan kelas mengaji al-Quran untuk golongan yang memerlukannya.

“Mak Wan juga buat kuih yang hasil jualan digunakan untuk masak makanan dan hantar ke lorong-lorong ada gelandangan,” katanya.

Kamariah percaya setiap insan harus diberi peluang kedua. Keluarganya menerima Kamariah kembali selepas beliau pulih daripada penagihan dadah dan insaf. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini beliau pulang untuk beraya di Kelantan.

Meskipun usianya semakin lanjut, Kamariah tekad untuk terus membantu gelandangan di Chow Kit.

“Selagi diperlukan Mak Wan akan terus bantu kerana di sinilah saya pernah tumbang dan bangkit semula’,” katanya.

Baca Lagi:
Hanya kutip sampah, wanita ini ajar buat duit RM10,000 setiap bulan
Lelaki kurang siuman dipuji penuh adab minta makanan, rupanya ini latar belakang dia buat ramai terkejut
Wanita kerja keras kumpul duit hantaran sampai peranakan jatuh, sekali teman lelaki kantoi curang
CATEGORIES