Hanya kutip sampah, wanita ini ajar buat duit RM10,000 setiap bulan

Photo of author

By Joe

Hanya kutip sampah, wanita ini ajar buat duit RM10,000 setiap bulan. Seorang ibu berusia 31 tahun berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM10,000 setiap bulan dari pekerjaannya sebagai pemungut sampah. Tetapi bukan sampah yang biasa, wanita ini hanya mengambil sampah yang berharga dan mahal.

Barangan ini kemudian akan dijual. Dari pekerjaan itu, wanita yang berasal dari Texas, Amerika ini berjaya memperoleh sekitar RM10,000 setiap bulan.

Wanita yang bernama Tiffany ini mengakui bahawa idea untuk mengutip sampah muncul setelah dia menonton video di mana seorang lelaki mengutip barang-barang yang dibuang di tong sampah.

Hanya kutip sampah, wanita ini ajar buat duit RM10,000 setiap bulan

Antara barang yang dijumpai oleh Tiffany termasuk pakaian Michael Kors yang bernilai RM350.00, vakum bernilai RM1,600.00 dan juga barang-barang berharga yang lain.

Tiffany menjelaskan bahawa pada mulanya dia gemar mengambil apa sahaja barang dia jumpa di tong sampah, namun lama-kelamaan, rumahnya penuh dengan barang yang tidak bernilai. Oleh itu, sekarang dia hanya mengambil perkara yang akan memberi keuntungan sahaja.

“Sekarang saya hanya mengambil barang-barang yang saya tahu akan saya gunakan atau memberi saya keuntungan. Saya biasanya mencari di Google harga asal barangan tersebut, kemudian menjualnya semula dengan potongan sebanyak 75%,” jelasnya.

Kini pekerjaan sebagai pemungut sampah digunakan olehnya sebagai mata pencarian utama. Tiffany biasanya menggunakan media sosial, eBay atau Facebook untuk menjual barang-barang yang dijumpai olehnya.

Untuk rekod, Tiffany yang terkenal sebagai ‘Dumpster Diving Mama’, sudah mempunyai lebih dari 4.2 ribu pengikut di Youtube, 422 ribu di TikTok, dan 7 ribu di Instagram.

Baca Lagi:
SPRM sita dua lagi akaun BERSATU
Pengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023
Lelaki kurang siuman dipuji penuh adab minta makanan, rupanya ini latar belakang dia buat ramai terkejut