Lelaki kurang siuman dipuji penuh adab minta makanan, rupanya ini latar belakang dia buat ramai terkejut

Lelaki kurang siuman dipuji penuh adab minta makanan, rupanya ini latar belakang dia buat ramai terkejut

Lelaki kurang siuman dipuji penuh adab minta makanan, rupanya ini latar belakang dia buat ramai terkejut. Tindakan seorang peniaga berkongsi rezeki dengan seorang lelaki dipercayai kurang siuman meraih simpati orang ramai.

Menerusi video klip yang dimuat naik di TikTok oleh @Jimbo Mm Legacy memaparkan lelaki kurang siuman itu yang berkain sarung pelekat dan memegang sehelai baju datang ke gerai peniaga berkenaan dan meminta makanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa simpati dan sedih terhadap keadaan lelaki tersebut.

Lelaki kurang siuman dipuji penuh adab minta makanan, rupanya ini latar belakang dia buat ramai terkejut

“Aku sedih tengok video macam ni tak tahu kenapa, terima kasih kepada peniaga kerana berkongsi rezeki dengan insan terpilih ini,” komen Daisy.

Video juga memaparkan lelaki itu mendatangi kedai dengan cara yang beradab dan sopan.

“Masya Allah, dia masih lagi jaga adab. Dia ambil yang dia nak makan je, tak usik makanan yang lain pun kan. Terima kasih insan yang baik, semoga melimpah rezeki peniaga,” kata Naema.

“Walaupun dia macam tu, dia hormat tanggalkan selipar macam nak masuk rumah,” ujar Dua Kupang.

“Biar nampak sebegitu, tetapi adab dia tidak lupa, apa-apa pun besar pahala untuk si peniaga, semoga murah rezeki awak dan keluarga,” sampuk Fairuz.

@matmin.0_0☺️☝️ Alhamdulillah

♬ bunyi asal – Apak 🇲🇾

Baca Lagi:
Hotel di Kelantan penuh sepanjang Aidilfitri, orang ramai risau balik kampung dapat air kotor?
Sebelum beli lemang tepi jalan, pastikan anda tahu 9 tip yang peniaga ini kongsi
View Chin kahwin dengan Mira penyondol Ahmoi
CATEGORIES