Wanita kerja keras kumpul duit hantaran sampai peranakan jatuh, sekali teman lelaki kantoi curang

Wanita kerja keras kumpul duit hantaran sampai peranakan jatuh, sekali teman lelaki kantoi curang

Wanita kerja keras kumpul duit hantaran sampai peranakan jatuh, sekali teman lelaki kantoi curang. Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Namun berbeza dengan nasib yang dillalui seorang gadis ini apabila teman lelakinya dipercayai mengkhianati cintanya dengan menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Dah janji nak kahwin tapi curang

Wanita kerja keras kumpul duit hantaran sampai peranakan jatuh, sekali teman lelaki kantoi curang

Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok. Dakwa wanita ini, dia tidak sangka teman lelakinya itu lebih memilih wanita yang baru dikenalinya selama beberapa bulan berbanding dirinya. Tambah gadis ini, dia sampaikan hilang selera makan selama lima hari selepas mengetahui kecurangan lelaki itu.

Ujarnya lagi, perkara tersebut hanya terbongkar selepas orang ketiga itu mengaku bahawa dia adalah teman wanita lelaki itu malah mereka berdua pernah bercuti bersama.

Tak ada rasa malu dah rampas, lepas tu berlagak macam laki yang dia ada sekarang macam dah ada susah senang dengan dia. Remuknya hati bila dua-dua tak ada rasa malu dan bangga tak ada maruah.

Lebih meruntun hati apabila gadis ini mendakwa dia sanggup bekerja keras demi mencari wang untuk mengumpul wang hantarannya sendiri memandangkan lelaki mempunyai masalah kewangan. Namun pengorbanannya itu langsung tidak dihargai.

Aku penat kerja demi kau sampai badan peranakan aku jatuh angkat berat sana sini. Aku muda tapi sebab aku nak kahwin awal, aku usahakan sampai aku sendiri makan bercatu.

Tidak sanggup melihat keadaan lelaki itu selepas berpisah, wanita terbabit (orang ketiga) merayu supaya gadis ini menerima lelaki itu semula. Tetapi gadis ini memilih untuk mengundur diri.

Gadis dihina, dilabel wanita ‘kampung’

Wanita kerja keras kumpul duit hantaran sampai peranakan jatuh, sekali teman lelaki kantoi curang

Wanita kerja keras kumpul duit hantaran sampai peranakan jatuh, sekali teman lelaki kantoi curang

Baca Lagi:
View Chin akhirnya dedah kenapa tertarik dengan Mira, tak sangka sebab ini View Chin sanggup curang dengan Ahmoi
Dato Boy Iman kembali scam orang 2 hari sebelum Raya
Duit kertas koyak atau rosak jangan dibuang kerana ada cara untuk dapatkan duit baru balik
CATEGORIES