Katil ‘anti maksiat’ akan digunakan di Sukan Olimpik Paris 2024

Photo of author

By Joe

Katil ‘anti maksiat’ akan digunakan di Sukan Olimpik Paris 2024. Sukan Olimpik Paris 2024 dijangka akan bermula pada bulan Julai akan datang.

Menurut laporan New York Post, katil anti-maksiat akan digunakan sepanjang sukan Olimpik berlangsung bagi mengelakkan atlet berasmara.

Katil tersebut dikeluarkan oleh Airweave, iaitu bersaiz berkembar dan diperbuat daripada bahan kitar semula, selari dengan mesej utama acara tersebut yang mahu menjaga alam sekitar.

Katil 'anti maksiat' akan digunakan di Sukan Olimpik Paris 2024

Pengarah kecemerlangan alam sekitar untuk jawatankuasa penganjur, iaitu Georgina Grenon, menyatakan harapannya bahawa usaha Paris 2024 akan menunjukkan inisiatif yang lebih mesra alam.

Difahamkan, sebelum ini beberapa cerita tentang aktiviti ranjang yang dilakukan oleh atlet di Perkampungan Olimpik telah menjadi tular.

Maka, terciptalah katil anti-maksiat ini yang bertujuan untuk mengelakkan atlet daripada terlalu selesa dan mengurangkan kemungkinan aktiviti seksual di Perkampungan Olimpik.

Katil 'anti maksiat' akan digunakan di Sukan Olimpik Paris 2024

Katil 'anti maksiat' akan digunakan di Sukan Olimpik Paris 2024

Baca Lagi:
Pesawat bawa jemaah haji enjin sayap kanan terbakar
Pakar cadang lupuskan kenderaan berusia 10 tahun keatas mampu tangani isu kesesakan
Makin ramai netizen delete akaun app Zus Coffee