Licik susun giliran nak bersama, peguam dedah kendali kes wanita ada 2 suami

Licik susun giliran nak bersama, peguam dedah kendali kes wanita ada 2 suami

Licik susun giliran nak bersama, peguam dedah kendali kes wanita ada 2 suami. Kisah suami berkahwin lain a.k.a poligami mungkin sudah banyak kita dengari. Kebanyakannya terpaksa memilih nikah senyap-senyap di Siam memandangkan sukar mendapat kebenaran isteri pertama. Apa jua cara, umumnya poligami amat menyakitkan sebelah pihak jika suami tidak berterus terang dari awal.

Kisah isteri punyai 2 suami…Kisah benar yang dikendalikan oleh saya

Licik susun giliran nak bersama, peguam dedah kendali kes wanita ada 2 suami

Namun dalam kisah mengejutkan yang dikongsikan oleh Tuan Shazril Khairy, situasi sebaliknya pula berlaku. Peguam Syariah & Pusaka ini mendedahkan sebuah masalah yang pernah dikendalikan olehnya di mana seorang wanita didapati mempunyai 2 orang suami dalam satu-satu masa.

Waktu siang isteri pergi rumah suami pertama alasan keluar kerja

Jelasnya, wanita terbabit berkahwin dengan suami pertama menerusi akad nikah di Thailand tanpa pengetahuan pihak keluarga. Manakala suami kedua pula dinikahi dengan restu kedua-dua belah keluarga. Liciknya, si isteri bijak menyusun strategi giliran bermalam agar kegiatannya tidak diketahui sesiapa.

Berlaku penceraian untuk pernikahan pertama

Apabila terbongkar, wanita ini awalnya sukar melepaskan kerana amat sayang kepada 2 lelaki itu. Namun akhirnya, dia akur dengan pilihan bapanya yang mahu dia teruskan perkahwinan dengan suami kedua. Pendedahan ini benar-benar mengejutkan ramai dan ia berjaya meraih lebih 800,000 jumlah tontonan di TikTok.

Licik susun giliran nak bersama, peguam dedah kendali kes wanita ada 2 suami

@lawyershazril ISTERI DUA SUAMI KISAH BENAR #nikah #curang #skandal ♬ bunyi asal – merpati putih 🕊️

Baca Lagi:
Aspen kilang sarung tangan getah terbesar di Kedah diumum tutup
Mungkin ini kali terakhir anda hisap vape lepas tengok proses pembuatannya di kilang
Jasad remaja ditemui 100km dari lokasi lemas
CATEGORIES