Jasad remaja ditemui 100km dari lokasi lemas

Jasad remaja ditemui 100km dari lokasi lemas

Jasad remaja ditemui 100km dari lokasi lemas. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kelapan bagi mengesan remaja lelaki yang dilaporkan lemas di Sungai Tuaran, Kampung Telibong Tamparuli pada 8 Julai lalu, dihentikan selepas satu mayat ditemukan orang awam di daerah Kudat hari ini.

Mayat Mohd Hisham Iskandar Azli, 13, ditemukan orang awam di tepi pantai Kampung Rukom, Kudat kira-kira jam 9.10 pagi tadi 100 kilometer dari tempat dia jatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang tadi.

Jasad remaja ditemui 100km dari lokasi lemas

“Operasi ditamatkan serta-merta selepas pasukan bomba menerima maklumat berhubung penemuan mayat mangsa yang disahkan meninggal dunia di tepi pantai Kampung Rukom, Kudat.
“Ia selepas ahli keluarga mangsa yang selesai menjalankan pengecaman identiti mangsa pada jam 4.15 petang,” katanya.

Pada 8 Julai lalu kira-kira jam 2.30 petang, mangsa dilaporkan terjatuh dari Jambatan Gantung Kampung Damat – Kampung Lakang di Kampung Telibong, Tamparuli.

Hasil tinjauan sejak jam 8 pagi hari ini juga, mendapati lebih 100 orang awam turut serta membantu pasukan penyelamat di Sungai Tuaran dan muara Sungai Bolong.

Baca Lagi:
Lampu bilik kena off & betul-betul gelap, baru dia boleh ‘buat’, isteri dedah sikap suami yang pelik berselera songsang
Pelanggan akan dikenakan bayaran RM25 jika masuk kedai tidak beli barang
Ketua Polis Negara dedah kenapa Sanusi ditangkap pukul 3 pagi
CATEGORIES