
Mungkin ini kali terakhir anda hisap vape lepas tengok proses pembuatannya di kilang
Mungkin ini kali terakhir anda hisap vape lepas tengok proses pembuatannya di kilang. Sebilangan pengguna rokok elektronik berikrar mereka tidak akan membeli vape lagi selepas menonton video pembuatannya yang tular di YouTube.
Video berdurasi seminit yang dimuat naik ke YouTube oleh Ryan Horace menunjukkan bagaimana alatan itu dihasilkan di sebuah kilang.
Ia memaparkan proses pembungkusan, pelabelan dan cara bateri dihasilkan serta cara ujian elektrik.
Namun, kebanyakan penonton ‘terganggu’ melihat pekerja kilang itu mengendalikan vape tanpa memakai sarung tangan, sekali gus menimbulkan keraguan dalam soal kebersihan.
Menerusi video itu, jelas kelihatan pekerja kilang sedang mengendalikan vape serta memegang corongnya tanpa memakai sarung tangan.
Para penonton turut meninggalkan komen yang mana rata-ratanya menyelar cara kerja mereka yang dianggap tidak bersih.